awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diabetes, penyakit jantung saling berhubung? Ketahui lebih lanjut di sini!

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
08/04/2021
23:55 MYT
Diabetes, penyakit jantung saling berhubung? Ketahui lebih lanjut di sini!
Kira-kira lima juta pesakit diabetes meninggal dunia seluruh dunia akibat kegagalan fungsi jantung, menurut World Heart Federation pada 2015.
KUALA LUMPUR: Penghidap diabetes diakui berisiko dua hingga empat kali ganda dihinggapi penyakit kardiovaskular (jantung) berbanding mereka yang tanpa diabetes.
Menurut portal For Your Sweetheart, penyakit kardiovaskular adalah punca bagi 50.3 peratus kematian dalam kalangan pesakit diabetes.
Hal ini demikian kerana apabila paras gula dalam darah tidak dikawal, ia akan menjejaskan saluran darah dan saraf yang dihubungkan ke jantung.
Punca lazim memungkinkan ia berlaku dalam kalangan pesakit diabetes disebabkan oleh pengerasan arteri, iaitu pengumpulan kolesterol dalam saluran darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrisi kepada jantung.
Apabila plak kolesterol di dalam badan hancur, tubuh badan akan cuba membaiki pecahan plak tersebut dengan menghantar platelet untuk menampalnya.
Disebabkan laluan arteri yang sempit, platelet mungkin akan menyekat peredaran darah serta oksigen sekali gus boleh menyebabkan serangan jantung.
Justeru, apakah cara terbaik kepada penghidap diabetes untuk menjaga dan mencegah ia daripada berlaku?
Apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan dalam memahami risiko tersebut?
Bagaimana pula dengan gaya hidup yang perlu dipraktikkan bagi menghindari risiko tersebut?
Apa pula bentuk sokongan yang perlu dilakukan keluarga, orang terdekat atau penjaga dalam membantu pesakit diabetes melalui fasa tersebut?
Daftar sekarang dan sertai diskusi membincangkan topik tersebut secara mendalam.
Daftar sekarang dan sertai diskusi membincangkan topik tersebut secara mendalam.
Sertai kami dalam diskusi secara mendalam menerusi webinar AWANI - The New Normal Series S30 membincangkan isu -- “Jaga” Diabetes Sebelum Jantung Anda Binasa.
Sesi ini dikendalikan oleh Penyampai Astro AWANI, Hakim Rahman dan disertai Pakar Perunding Kanan Kardiologi dan Ketua Bahagian Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Imran Zainal Abidin dan Ketua Unit Endokrin, Hospital Putrajaya dan Ketua Perkhidmatan Sub-Kepakaran Endokrinologi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Zanariah Hussein.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com, 11 April ini, jam 11 pagi.
Topic Berkaitan
#diabetes
#fencing manis
#jantung
#kardiovaskular
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#My Sweetheart Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan