awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dira menggigil diminta menyanyi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/08/2018
00:56 MYT
Dira menggigil diminta menyanyi
Dira antara yang dijemput untuk menyertai projek istimewa Astro AWANI sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 61.
Satu ketika dahulu, dia dikenali sebagai pelakon, hebat bukan sahaja di hadapan kamera malah di pentas teater juga.
Memilih meninggalkan dunia penuh glamor dan terbabit secara serius dalam bidang politik, Dira Abu Zahar bagaimanapun tidak mampu menyingkirkan bakat seni yang mengalir dalam dirinya.
Pun begitu, wanita berkaliber yang kini menyandang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tetap merendah diri.
"Saya boleh bermonolog bersendirian selama 10 minit. Tetapi apabila diminta menyanyi, kaki dan tangan saya terus sejuk!
"Tak tahu kenapa, saya memang gementar kalau disuruh menyanyi," ujarnya ramah.
Bercerita tentang nyanyian, kata Dira, dia masih ingat saat dia diberi tugasan untuk menyanyi dalam sebuah pementasan teater muzikal, kira-kira 10 hari sebelum pementasan tersebut membuka tirai.
"Ikut perjanjian asal dengan pengarah, saya tidak perlu menyanyi. Lagipun watak saya kecil sahaja.
"Tiba-tiba, saya diberi lagu solo dan diminta menyanyi dalam salah satu babak. Menggigil saya dibuatnya," ujarnya sambil ketawa.
Dira antara yang dijemput untuk menyertai projek istimewa Astro AWANI sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke 61.
Nak tahu apakah projek istimewa itu? Teruskan bersama kami!
Topic Berkaitan
#Dira Abu Zahar
#menyanyi
#pelakon
#politik
#projek merdeka Astro Awani
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan