HANYA jauhari yang mengenal manikam. Hanya orang yang bijaksana yang mengetahui keelokan ilmu. Hanya bangsa yang faham tentang bahasanya yang mengetahui keindahan dunia bahasa ibundanya.
Bahasa istana merupakan laras bahasa yang kaya dengan budi dan kesopanan. Bahasa istana sama maksudnya dengan bahasa diraja, bahasa dalam dan bahasa halus yang mempunyai kesopanan dan kehalusan budi dalam masyarakat Melayu dalam memberi penghormatan kepada raja yang memerintah.
Bahasa istana menjadi khazanah berharga dalam dunia kebahasaan bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa istana melambangkan semangat ketuanan bangsa Melayu yang bertamadun apatah lagi bangsa Melayu terdidik dengan taat setia, ketinggian budi dan memuliakan seseorang pada tempatnya.
Hal ini perlu diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang majmuk bagi membentuk budaya masyarakat yang luhur. Penggunaan bahasa istana sebagai tanda hormat dan taat setia kepada pemerintah atau raja.
Bahasa istana digunakan apabila berlaku perhubungan kebahasaan dalam kalangan keluarga diraja dengan rakyat biasa atau apabila menyebut tentang hal ehwal raja dan istana terutamanya dalam konteks rasmi.
Menurut Asmah Omar (2004:6) bahasa diraja ialah bahasa yang mempunyai peraturan nahu dan bunyi bahasa Melayu. Yang membezakan bahasa biasa dengan bahasa diraja ialah penggunaan ungkapan dan perbendaharaan tertentu yang lazimnya tidak digunakan dalam bahasa biasa. Selain itu bahasa diraja juga menggunakan pengulangan, pemulukan dan pendinaan.
Bahasa istana mempunyai pengulangan kata, rangkai kata atau frasa sama seperti dalam cerita panji dan hikayat. Contoh pengulangan dalam bahasa istana seperti:
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patih harap diampun. Patik memohon ampun kurnia Kebawah Duli Tuanku mempersembahkan hasrat pihak Senat mempersembahkan darjah akademik.
Pemulukan bermaksud menyanjung golongan raja atau kerabat diraja yang dipuji dengan kata-kata yang muluk bagi meletakkan mereka pada tarafnya.
Contoh pemulukan ialah “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda”. Pendinaan pula ialah perbuatan merendahkan diri oleh golongan rakyat terhadap golongan diraja. Contoh pendinaan ialah “Sembah patik pacal yang hina” yang merujuk pada kerendahan diri sebagai rakyat.
Dalam memberikan penghormatan, memulakan sembah, menyatakan besar hati dan menerima kasih, ungkapan yang digunakan ialah “Daulat Tuanku”, “Ampun Tuanku”, “Menjunjung duli Tuanku” dan “Menjunjung kasih Tuanku” (Salina Jaafar, 2014). Sebagai pendokumentasian, disertakan beberapa kosa kata yang terdapat dalam bahasa istana yang lazim diguna pakai:
Penggunaan bahasa istana ini bukan untuk merendah-rendahkan martabat dan darjat rakyat jelata. Bentuk dan gaya bahasa istana yang penuh sopan dan santun membentuk identiti bangsa Melayu yang sentiasa berbudi bahasa, berhati-hati dalam pertuturan dan penulisan serta membentuk keperibadian yang tinggi dalam aspek berbahasa selain sebagai simbol ketamadunan bangsa, ketaatsetiaan dan keluhuran budi bahasa.
- Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
- Artikel ini adalah pandangan peribadi berdasarkan bidang kerjaya penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Sun Jun 05 2022
Bahasa istana menjadi khazanah berharga dalam dunia kebahasaan bahasa Melayu. - Astro AWANI/Shahir Omar
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Dirgahayu bahasa istana: Membentuk budaya masyarakat yang luhur
Bahasa istana menjadi khazanah berharga dalam dunia kebahasaan bahasa Melayu.