KUALA LUMPUR: Biarpun malam itu hujan renyai-renyai, 'barista' muda itu masih tekun mengambil pesanan kopi daripada beberapa orang pelanggan, perniagaan yang diusahakan hanya dari but kereta, di Wangsa Melawati.
Penulis yang ketika itu singgah untuk turut sama menikmati kopi 'air tangan' anak muda itu kagum melihat kesungguhannya yang tidak lekang dengan senyuman sambil mengambil pesanan pelanggan.
"Tadi saya terpaksa tutup sekejap sebab hujan lebat, sekarang alhamdulillah, hujan renyai-renyai, dapatlah saya berniaga balik," Mohamad Hazreel Mazlan, 31, yang mengusahakan 'kedai kopi', lujayns_coffee , memberitahu penulis, sambil tangannya ligat menyediakan minuman yang dipesan penulis, iaitu 'hot latte' dan 'hot chocolate'.
Ketika menunggu minuman siap, mata penulis tertumpu kepada dekorasi unik di dalam but kereta barista itu yang lengkap dengan mesin dan peralatan untuk membancuh kopi, seakan sama seperti yang penulis pernah lihat di kafe kopi.
BERMULA DARI 'CAFE HOPPING'
Meskipun ruang terhad di bahagian but kereta jenis Honda CRV milik keluarganya itu, namun kedai kopi yang dijalankan secara separuh masa itu tersusun kemas dan rapi dengan mesin membuat kopi, pengisar kopi, singki, mesin penjana elektrik serta beberapa buah kerusi untuk pelanggan.
Mohamad Hazreel yang bekerja dengan sebuah syarikat perdagangan dan berasal dari Taman Melawati, di sini berkata, idea untuk membuka perniagaan berkonsep sedemikian tercetus sejurus melihat seorang peniaga kopi yang turut menjadikan but kereta sebagai platform perniagaannya.
"Bermula dari 'cafe hopping' (cafe hopping merujuk kepada trend masa kini terutama dalam kalangan golongan muda atau 'hipster' yang pergi dari satu kafe ke kafe yang lain untuk mencuba menu di setiap kafe berkenaan), secara tidak sengaja saya berjumpa dengan pemilik Kopi Rumah yang mesra dengan panggilan Abang Safwan. Beliau turut menjual kopi melalui kenderaannya.
"Saya membuat penyelidikan berkaitan kopi but kereta dan mula mencari peniaga serupa di seluruh Malaysia termasuk ada yang saya singgah serta bermalam di sesebuah lokasi untuk melihat teknik mereka berniaga melalui but kereta.
"Di sini bermulanya perjalanan untuk melaksanakan impian di hati. Saya berterima kasih kepada Abang Safwan yang banyak berkongsi idea serta rakan lain yang memberi inspirasi untuk konsep kopi but kereta kepada saya," katanya yang turut mempelajari teknik pembuatan kopi menerusi pembacaan, menonton aplikasi YouTube seterusnya mencuba teknik bancuhan sendiri di rumah.
DIY KERETA
Mohamad Hazreel sebelum ini bekerja sebagai pemandu e-hailing secara separuh masa pada waktu malam mengeluarkan modal sendiri sebanyak kira-kira RM15,000 untuk membeli, antaranya mesin espresso, mesin giling kopi dan penjana tenaga elektrik untuk memulakan perniagaan kopinya sejak Jun lepas (2023).
Berkongsi pengalaman awal berniaga, beliau pada mulanya mengunjungi kedai perabot untuk mencari rak yang bersesuaian bagi idea berkonsepkan reka bentuk penjualan kopi secara 'D.I.Y' melalui but kereta namun malangnya tidak ada yang sesuai yang boleh digunakan.
"Bila difikirkan semula saya tidak boleh menggunakan konsep meletakkan rak kerana kereta ini milik keluarga dan disebabkan itu saya mengolah cara lain yang boleh mudah alih serta senang untuk keluar masuk barang dan pada masa sama mudah untuk dibersihkan.
"Kemudian saya membuat keputusan untuk menggunakan palet kayu bagi membolehkan mesin kopi dan pengisar berada pada paras yang sama dengan dada supaya saya tidak perlu membongkok ketika membancuh kopi untuk pelanggan," katanya menambah, hasil jualan kopi menjadi pendapatan sampingan termasuk untuk persiapan berkahwin.
Beliau turut berkongsi bahawa nama lujayns adalah dari bahasa Arab iaitu nama anak saudara perempuannya yang bermaksud 'perak'
Menurut Mohamad Hazreel lagi, konsep berniaga melalui but kereta lebih mudah dan praktikal kerana hanya memerlukan masa kira-kira 15 minit untuk penyediaan barang sebelum memulakan perniagaan.
"Masa awal berniaga pertama kali, kerja termasuk menyusun perkakas dan pemanasan mesin kopi dan yang lainnya mengambil masa sekitar 30 minit juga tetapi sekarang, hanya kira-kira 10 hingga 15 minit sahaja.
"Buka sahaja but kereta sudah boleh terus berniaga. Tidak perlu keluarkan barang-barang berat, di samping menjimatkan masa untuk mengemas. Menjalankan perniagaan secara kafe mudah alih sangat menarik sebenarnya tetapi tidak dinafikan ia juga mempunyai cabaran tersendiri," tambahnya.
Mohamad Hazreel berkata, antara cabaran utama mengusahakan perniagaan kopi berkonsepkan but kereta ialah mencari lokasi sesuai yang bukan sahaja boleh menarik pelanggan tetapi juga menyedarkan mereka mengenai tawaran menu yang disediakan terutamanya untuk penggemar kopi.
"Satu lagi ialah faktor cuaca. Jika hujan operasi perkhidmatan akan terjejas namun saya tetap optimis dan mencari penyelesaian untuk memastikan aktiviti perniagaan tidak terganggu.
"Persepsi pelanggan terhadap kebersihan juga adalah antara cabaran utama. Kita mesti mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi termasuk semasa mengendalikan peralatan dan sumber air serta memastikan kebersihan keseluruhan kafe mudah alih dan kenderaan yang digunakan," katanya yang turut dibantu bakal isterinya, Nurul Shazwani Sukarno, 26.
KELOMPOK PEMINAT TERSENDIRI
Walaupun tidak berniaga di dalam sebuah premis sebenar yang lengkap berhawa dingin serta dihiasi landskap dan dekorasi mewah seperti kafe hipster lain, kedai kopi lujayns _coffee, Mohamad Hazreel tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri.
"Ianya atas pilihan individu, ada yang suka menikmati kopi di kafe dan ada yang gemar menghirup kopi dalam suasana konsep terbuka seperti ini. Ramai yang ingat kopi sekadar rasa pahit sahaja sebenarnya minuman itu ada sisi 'manisnya'.
"Ia bukan macam manis gula tetapi manis buah dan kopi. Dengan cara campuran dan jumlah yang betul mengikut 'roasting' (proses pemanggangan atau menyangai biji kopi yang masih mentah) ia akan menghasilkan secawan kopi yang enak," katanya.
Turut berkongsi keunikan rasa kopi yang dihasilkannya, Mohamad Hazreel berkata, beliau menggabungkan kira-kira 13 hingga 20 kilogram biji kopi dari dua negara iaitu Ethiopia dan Colombia yang dikisar bersama setiap bulan.
Harga kopi yang dijual bermula dari RM7 hingga RM13 dan antara menu yang mendapat sambutan pelanggan ialah 'caramel macchiato' serta 'Irish cream'.
Memasang impian untuk membuka sebuah kafe dengan konsep tersendiri pada suatu hari nanti, Mohamad Hazreel berkata, anak muda perlu sentiasa berani mencuba dan berusaha keras apabila menceburi dunia perniagaan.
"Bidang perniagaan ini perjalanannya penuh dengan pasang surut, cabaran dan kejayaan. Pada masa yang sukar watak dan kekuatan sebenar kita diuji.
"Apabila kita menghadapi kesukaran, kita mempunyai pilihan sama ada untuk menyerah atau bertahan dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi. Memilih pilihan yang terakhir (keazaman) boleh membawa kepada pencapaian yang luar biasa," katanya.
-- BERNAMA / Balkish Awang
Bernama
Sun Sep 17 2023
Meskipun ruang terhad di bahagian but kereta jenis Honda CRV milik keluarga Mohamad Hazreel itu, namun 'kedai kopi' itu kelihatan tersusun kemas dan rapi. --fotoBERNAMA
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
'DIY' but kereta jadi kedai kopi barista Mohamad Hazreel
Mohamad Hazreel berkata, anak muda perlu sentiasa berani mencuba dan berusaha keras apabila menceburi dunia perniagaan.
Dibunuh kerana cemburu, mayat disorok dalam but kereta
Seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya dijumpai di dalam but kereta di Taman Sri Orkid, Seksyen 30 di sini pada Selasa.
But kereta jadi stor dadah di kondominium mewah
Menurutt polis, kesemua rampasan dadah itu dianggar bernilai RM115,490 dan percaya sindiket itu aktif sejak November lepas.
Bimbang dijangkiti, guru letak anak positif COVID-19 dalam but kereta
Dia berbuat demikian bagi melindungi dirinya daripada terdedah kepada virus itu semasa dalam perjalanan ke pusat kesihatan.
Dua lelaki ditahan ubah suai but kereta untuk edar dadah
Polis turut merampas ganja dan ketamin masing-masing seberat 43.9 serta 8.4 kilogram bernilai RM2 juta daripada suspek berusia 44 dan 57 tahun itu.
Suami isteri diberkas, dadah RM110,000 dirampas
Heroin seberat kira-kira 6.2 kilogram dan Methamphetamine (549 gram) itu ditemui di dalam but kereta jenis BMW.
Nak cari wang lebih, tauke durian sanggup jual mercun tanpa permit
Malah tindakan lelaki ini lebih berani dengan menjual bunga api dan mercun secara terbuka di tepi jalan dekat Taman Nuri, Alor Setar.
PKP: Polis tahan lelaki bawa rokok seludup
Dalam operasi itu, seorang suspek lelaki berusia 30-an yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan ditahan dalam kejadian pukul 4.30 petang.
Lelaki ditahan kes kanak-kanak berpaut pada bumbung kereta, dibebas
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata pembebasan itu adalah sementara menunggu pegawai penyiasat melengkapkan kertas siasatan.