awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak ambil makanan lewat malam - Dr Subramaniam

Bernama
Bernama
07/09/2015
04:02 MYT
Elak ambil makanan lewat malam - Dr Subramaniam
SUBRAMANIAM: Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh mengundang pelbagai penyakit. -Gambar fail
Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh mengundang pelbagai penyakit, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan rakyat negara lain yang sukar mendapat makanan pada lewat malam.
"Keadaan adalah berbeza di luar negara kerana di sana susah kita hendak mencari makanan selepas jam 11 malam," katanya ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik Keempat di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Norol Azali dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zainal Ariffin Omar.
Dr Subramaniam berkata pelbagai inisiatif telah disediakan untuk mendidik masyarakat mengenai pemilihan makanan bernutrisi.
"Misalnya kita menyediakan aplikasi yang dikenali sebagai 'MyNutriApp' untuk mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan kita," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan turut menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat.
"Ini bagi memupuk budaya berekreasi dan saya sendiri sudah mencadangkan di Kabinet supaya semua projek yang diluluskan kerajaan harus menyediakan ruang untuk berekreasi atau yang menjurus kepada kesihatan baik," katanya.
Topic Berkaitan
#kesihatan
#makan lewat malam
#makanan bernutrisi
#MyNutriApp
#subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan