awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Facebook mohon maaf hantar 'Lahore safety check' kepada pengguna di seluruh dunia

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
28/03/2016
07:16 MYT
Facebook mohon maaf hantar 'Lahore safety check' kepada pengguna di seluruh dunia
Facebook memohon maaf kerana menghantar notis status pengesahan keselamatan (Safety Check), kepada pengguna di seluruh dunia susulan serangan pengeboman berani mati di timur Pakistan, hari ini.
LAMAN sosial Facebook hari ini memohon maaf kerana tersilap menghantar notis status pengesahan keselamatan (safety check), kepada penggunanya di seluruh dunia susulan serangan pengeboman bunuh diri di timur Pakistan, pada Ahad.
Selepas serangan meragut nyawa di Lahore yang mengorbankan sekurang-kurangnya 69 nyawa, beberapa pengguna Facebook yang menetap di luar negara Pakistan turut menerima notis pengesahan keselamatan dari Facebook yang dipercayai dihantar secara silap.
Difahamkan, pengguna Facebook di Sydney, Brussels, Ontario, Kaherah, Hong Kong dan New York turut menerima notis ‘check in’ pengesahan keselamatan ini.
Susulan itu, pengguna yang terjejas berkongsi kesilapan ini dengan rakaman ‘screen capture’ notis tersebut di media sosial.
Apparently Facebook thinks I was in an explosion in Pakistan today pic.twitter.com/1f6vUdU9mw
— El Drakken (@El_Drakken) March 27, 2016
Thanks for the concern Facebook but Wrexham and Pakistan really aren't in the same area pic.twitter.com/VADIH4gudB
— cam (@camvallen) March 27, 2016
Facebook seems to think I'm in Pakistan. pic.twitter.com/a1xOY41WwQ
— Denham Sadler (@denhamsadler) March 27, 2016
Not in Pakistan, thanks for looking out though @facebook If you're there, stay safe! pic.twitter.com/RlrFGsf3Df
— Travis Day (@casuallytravis) March 27, 2016
Did any one else get this notification this morning? Confused how Facebook thought I was in Pakistan pic.twitter.com/rMxoU5jLbt
— Garrett (@JoblessGarrett) March 28, 2016
Malah, ada juga pengguna juga menerima mesej menerusi telefon mereka yang berbunyi seperti, “"Adakah anda terjejas dari letupan itu?" .
No Facebook. I'm fine because the explosion was in Pakistan but thanks for asking/scaring everyone. pic.twitter.com/Ev3oqzV8Tw
— Jamila Rizvi (@JamilaRizvi) March 27, 2016
Facebook's errant "explosion" texts, which don't even specify "Pakistan," are even worse than the app/browser issue. pic.twitter.com/175rCOaIVM
— Daniel Dale (@ddale8) March 27, 2016
Bagaimanapun, Facebook kemudian memohon maaf atas kesilapan teknikal itu menerusi satu kenyataan.
“Kami telah mengaktifkan ciri ‘safety check’ hari ini di Lahore, Pakistan selepas satu serangan pengeboman di sana.
“Kami berharap ciri ini dapat membantu penduduk yang berada di kawasan itu untuk memaklumkan status mereka kepada orang tersayang.
“Tetapi malangnya, ramai orang yang tidak terjejas dari serangan tersebut turut menerima notis status pengesahan keselamatan.
“Masalah teknikal ini berlaku di luar jangkaan. Kami bekerja dengan pantas untuk menyelesaikan isu tersebut dan ingin memohon maaf atas kesilapan ini,”kata Facebook.
We activated Safety Check today in Lahore, Pakistan, after an explosion that took place there. We hope the people in the...
Posted by Disaster Response on Facebook on
Topic Berkaitan
#Facebook
#Lahore
#Pakistan
#safety check
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan