Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar, kata seorang ahli falak.
Ketua Unit Cerapan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak menjelaskan fenomena itu merupakan proses pemulihan melibatkan empat nilai yang diperlukan makhluk di muka bumi ini.
"Satu proses di mana berlakunya proses resapan empat nilai iaitu nilai tumbuh, nilai tambah, nilai subur dan nilai pengembangan untuk 17,000 jenis makhluk di darat dan laut, jadi supermoon ada hikmahnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Perdagangan Pontian, di sini, hari ini.
LIHAT GALERI: Fenomena supermoon di seluruh dunia
BACA: Supermoon tarik perhatian ramai
Supermoon bukan beban, bukan untuk menambah tekanan atau hendak meraih banyak peruntukan untuk tinggikan benteng tapi itu keperluan benda-benda hidup untuk terus dipulihkan," kata beliau.
Bagaimanapun, menurut beliau, air pasang hanya akan berada dalam keadaan membimbangkan sekiranya berlaku penolakan angin barat serta hujan lebat.
"Semalam 14 Nov bersamaan 14 Safar, jadi berlaku bulan penuh purnama yang mana detik bulan hampir dengan bumi, maka di situ berlaku detik tolakan kuat kepada permukaan laut yang membawa kesan air pasang tinggi yang melimpah," kata Hanafiah.
"Sungguhpun begitu, Alhamdulilah, (hari ini) air tidak melimpah. Walaupun pada ketinggian 3.8 meter tetapi ia tidak melimpah kerana Allah beri pertolongan, angin barat tidak bertiup ketika air pasang tinggi, itulah bezanya," kata beliau.
Tambahnya, fenomena air pasang besar yang berlaku ini dijangka berakhir Jumaat ini.
"Fenomena ini berlaku biasanya 12 hari setiap bulan iaitu tiga hari di awal bulan, tiga hari di hujung bulan, tiga hari sebelum dan selepas pertengahan bulan Islam," kata Hanafiah.
Bagi fenomena bulan penuh atau supermoon, ia berlaku setiap 18 tahun sekali dan dijangka berlaku pada tahun 2034. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 15 2016
Fenomena bulan penuh atau supermoon, ia berlaku setiap 18 tahun sekali dan dijangka berlaku pada tahun 2034. - AFP PHOTO / GERARD JULIEN
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Fenomena supermoon ada hikmah tersendiri - Ahli falak
Fenomena supermoon atau bulan penuh perigee mempunyai hikmah yang tersendiri walaupun sering dikaitkan dengan musibah air pasang besar.