awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fesyen Malaysia melangkah ke era AI, industri kreatif dinamik - Pensyarah

Faida Rahim
Faida Rahim
03/01/2026
07:55 MYT
Fesyen Malaysia melangkah ke era AI, industri kreatif dinamik - Pensyarah
Masih ramai yang beranggapan bidang fesyen hanya berkisar kepada menjahit atau menjadi pereka terkenal, sedangkan hakikatnya industri fesyen hari ini merangkumi teknologi fesyen dan AI. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Fesyen bukan sekadar menghasilkan pakaian atau mengadakan pertunjukan fesyen, sebaliknya merupakan satu industri kreatif yang dinamik, relevan dengan dunia moden dan kini sedang melalui fasa revolusi.
Pensyarah fesyen, Fara Azeerin Karim menegaskan masih ramai yang beranggapan bidang fesyen hanya berkisar kepada menjahit atau menjadi pereka terkenal, sedangkan hakikatnya industri fesyen hari ini merangkumi teknologi fesyen dan kecerdasan buatan (AI), kelestarian, inovasi tekstil serta fesyen digital.
“Generasi Z hidup dalam dunia digital, visual dan pantas. Ironinya, fesyen ialah antara industri yang paling cepat menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi, namun perkara ini jarang ditekankan kepada mereka,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Menurutnya lagi, negara banyak melahirkan pakar teknologi fesyen seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, China dan Jepun yang telah mengguna pakai teknologi AI dalam industri fesyen.
Kata pensyarah Kolej Komuniti Rembau ini, bidang fesyen di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah pilihan terakhir, sebaliknya merupakan bidang strategik dengan nilai akademik, ekonomi dan sosial yang tinggi.
“Program fesyen di IPTA dibangunkan secara berstruktur dengan penekanan kepada teori, penyelidikan, inovasi serta kemahiran teknikal yang selari dengan keperluan industri semasa,” jelasnya.
Graduan fesyen, katanya, bukan sahaja dilatih sebagai pereka tetapi juga berperanan sebagai pendidik, penyelidik, usahawan kreatif dan penggerak industri budaya serta ekonomi kreatif negara.
“Dalam era ekonomi berasaskan kreativiti dan teknologi, bidang fesyen menawarkan peluang kerjaya yang luas dan lestari, sekali gus membuktikan bahawa ia adalah satu pilihan yang relevan,” katanya.
Antara IPTA yang menawarkan bidang fesyen ketika ini ialah Kolej Komuniti, Politeknik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan beberapa lagi institusi lain.


Topic Berkaitan
#Institusi Pengajian Tinggi
#Industri fesyen
#AI
#Fara Azeerin Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan