Artikel ini dibawakan kepada anda oleh MILO®

TUNJUK ajar serta latihan awal kepada kanak-kanak membuka potensi kepada mereka untuk menjadi juara di masa hadapan. Justeru, musim cuti sekolah merupakan masa yang sangat sesuai untuk melatih mereka dalam sukan kegemaran mereka, di samping memastikan mereka sentiasa aktif dan cerdas.

Membesar bersama MILO®, saya juga telah merasai manfaat dari nutrisi yang terkandung dalam minuman tersebut, yang bukan sahaja lazat tetapi menyihatkan.

Ia sentiasa memastikan saya bersemangat dalam sukan yang ceburi semasa zaman persekolahan seperti bola sepak, seni mempertahankan diri dan juga permainan yang mencabar minda seperti catur.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti sukan yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak sepanjang musim cuti ini, dan di antara tiga aktiviti sukan yang paling popular adalah badminton, bola sepak dan latihan litar.

Penglibatan mereka dalam aktiviti sukan sangat penting kerana ia membantu mereka membina karakter, erti semangat dan kerjasama berpasukan, meningkatkan keyakinan diri serta mencapai tahap minda yang sihat.
Oleh itu, tabiat menyertakan minuman berkhasiat seperti MILO® dalam sarapan pagi anak-anak anda, dapat membantu mereka membesar dengan kuat dan memiliki berat badan yang ideal.

Pentingnya sokongan

Selain itu, anak-anak juga tidak harus didedahkan dengan pemikiran negatif atau kata-kata daripada orang yang negatif. Hanya minda dan badan yang kuat boleh menghindari segala unsur-unsur negatif di sekiling kita.

Ibu bapa dan keluarga harus sentiasa memberikan anak-anak anda dorongan yang mereka perlukan dan jangan sesekali memperkecilkan impian mereka untuk menjadi juara.

Untuk menjadi juara, mereka harus berjaya, dan dalam usaha untuk berjaya, seseorang mesti berusaha dengan bekerja keras untuk mencapai matlamat mereka.

Ada masa kita akan gagal untuk mencapai apa yang kita mahu, itu asam garam kehidupan. Contohnya, seperti apabila anak-anak anda tidak dipilih untuk mewakili pasukan sekolah, atau apabila mereka tidak memenangi sesuatu pertandingan.

Namun apabila itu berlaku, jangan melihatnya sebagai kegagalan kepada anak-anak anda. Jangan memarahi mereka atau katakan mereka tidak bagus.

Maklumkan kepada mereka bahawa kegagalan itu adalah masa untuk mereka merenung, muhasabah diri serta mengkaji semula usaha dan rutin mereka. Bertenang dan teruskan usaha untuk mencapai kejayaan, dan galakkan mereka untuk tidak berputus asa.

Ya, jangan putus asa

Saya pasti setiap kanak-kanak mahu menjadi seperti wira kegemaran mereka, Datuk Lee Chong Wei. Tetapi Chong Wei pun tidak menang sepanjang masa, ada juga masa beliau mengelami kekalahan.

Kekalahan beliau kepada Lin Dan dan isu doping tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit semula dan memenangi kejohanan di China dan Hong Kong baru-baru ini. Sememangnya juara yang hebat!

Tiga aktiviti sukan yang menarik

Badminton:

Badminton adalah sukan yang melatih kita untuk memiliki refleks yang cepat dan tangkas. Seorang pemain badminton juga harus mempunyai daya tahan, badan yang kuat dan sihat serta minda yang tidak mudah goyah.

Tambahan pula, permainan ini sangat menyeronokkan, anak-anak anda tidak akan sedar pun mereka sebenarnya sedang melakukan aktiviti latihan.

[VIDEO] Fit AWANI Bersama MILO 1: Badminton Junior


Bola sepak:

Bola sepak adalah sukan yang mengajar kita semangat kerjasama dan pentingnya sokongan daripada rakan sepasukan. Ia adalah satu contoh sukan yang membuktikan ia adalah mustahil untuk memenangi sesebuah perlawanan dengan hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja. Selain menjamin kesihatan anak-anak, ia juga mengajar mereka tentang erti kesabaran terutama apabila tewas.

[VIDEO] Fit AWANI bersama MILO 2: Bola Sepak Junior


Latihan litar:

Latihan litar adalah cara yang menyeronokkan untuk anak-anak anda berlatih sukan, mengekalkan berat badan yang sihat dan mengenali rakan baru. Ia merangkumi aktiviti seperti angkat berat, senaman, selain membolehkan anak-anak anda bersaing secara sihat.


Berikut tadi merupakan antara tiga aktiviti utama yang boleh anak-anak anda lakukan semasa cuti sekolah, termasuk beberapa tips untuk minda yang kuat dan badan yang sihat.