awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PAT hadapi empat pertuduhan, nekad bersihkan nama - Peguam
Cabaran Rachel pada ToC 2026 berakhir awal
Kertas Putih MHIT mampu pertingkat akses bagi penjagaan kesihatan - CIMB Securities
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gagal dapat kerja, siswazah jual ijazah dengan harga RM200 ribu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
02/09/2015
06:59 MYT
Gagal dapat kerja, siswazah jual ijazah dengan harga RM200 ribu
Pembeli juga akan diberi peluang merasai pengalaman menjadi pelajar FSU.
Tekanan yang dialami apabila gagal mendapat pekerjaan yang baik biarpun lulusan universiti, membuatkan seorang gadis di Amerika Syarikat bertindak menjual sijil yang dimilikinya.
Stephanie Ritter, yang merupakan graduan Florida State University (FSU) dalam bidang teater, membuat keputusan menjual sijil ijazahnya dengan harga AS$40,000 (RM200,677) di laman eBay.
Ia bertujuan untuk membantu dia melunaskan hutang pengajiannya yang berjumlah AS$40,000 (RM167,164).
plz validate my life from 2007-2011 and purchase my theatre diploma on eBay: http://t.co/JEgwc7vFA4 pic.twitter.com/Jo4mh2sQnV
— stephanie ritter (@stephanieritter) August 24, 2015
Lulus Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2011, Ritter memberitahu portal Buzzfeed, dia kecewa kerana masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.
Dia sebaliknya kini masih bertugas sebagai pembantu dengan gaji yang sangat kecil.
"Saya fikir sijil ini akan membantu saya dalam hidup, tetapi rupa-rupanya tidak," kata Ritter.
Diploma
Diploma
Gambar eBay.
Mereka yang membeli sijil ini juga akan memperolehi 'pengalaman jelajah', di mana Ritter akan membawa pembeli menjelajah sekitar kampus FSU dan merasai pengalaman seperti mana dialaminya selama empat tahun belajar di universiti itu.
"Kenapa habiskan masa untuk belajar dan peroleh ijazah jika anda boleh beli sahaja?" kata Ritter dalam deskripsi di laman eBay.
Topic Berkaitan
#Florida State University
#graduan
#siswazah
#Stephanie Ritter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan