awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua masyarakat, ketua kaum perlu laksana tanggungjawab dengan amanah - Tiong
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelandangan 'lari' selepas makan makanan hotel bernilai RM1,600

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/11/2017
11:19 MYT
Gelandangan 'lari' selepas makan makanan hotel bernilai RM1,600
Phillips memesan makanan yang berharga AS$400 (RM1,664) selepas diberitahu tidak dibenarkan duduk di dalam kafe hotel jika tidak memesan makanan. - Gambar hiasan
SEORANG gelandangan di Amerika Syarikat ditahan dan dibicarakan di mahkamah selepas didakwa tidak membayar harga makanan yang dimakan di sebuah hotel di bandar New Jersey.
Michael Andrew Phillips, 52, memesan makanan yang berharga AS$400 (RM1,664) selepas diberitahu tidak dibenarkan duduk di dalam kafe hotel jika tidak memesan makanan.
Laporan portal Metro UK menyebut, makanan yang dipesan Phillips ialah koktel udang, stik dan beberapa jenis minuman termasuk champagne.
Tidak cukup dengan itu, Phillips juga menempah sebuah bilik berharga AS$150 (RM624) dengan menyerahkan lesen memandunya sebagai bukti identitinya.
Selesai menjamu selera, dia dilihat petugas hotel membawa dua botol wain menuju ke biliknya.
Namun kelibat Phillips tidak lagi dilihat selepas itu, dan pemeriksaan di biliknya pula mendapati tiada bukti dia tidur di situ.
Dia berjaya ditahan beberapa hari kemudian dan mengaku salah ketika dibicarakan di mahkamah.
Namun dia disahkan mengalami masalah psikologi akibat tidak mendapat bekalan ubat yang sepatutnya.
"Dia mengalami masalah psikologi dan perlu mengambil ubat yang betul pada masanya. Namun dia tidak mendapat bekalan ubat itu, yang menyebabkan dia bertindak sedemikian," kata peguam bela, John McCormick.
Phillips diarahkan membayar semula jumlah bil berkenaan, selain perlu berkelakuan baik selama 12 bulan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#gelandangan
#hotel
#mahkamah
#makanan
#New Jersey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan