awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GrabFood 5-Star Awards dorong kecemerlangan industri perkhidmatan makanan

Israr Khalid
Israr Khalid
07/02/2024
11:03 MYT
GrabFood 5-Star Awards dorong kecemerlangan industri perkhidmatan makanan
Mekanisme “Ratings and Reviews” membawa manfaat dua hala kepada pelanggan dan juga peniaga di platform GrabFood.
KUALA LUMPUR: GrabFood Malaysia meraikan 66 restoran dan jenama makanan yang mendapat rating lima bintang tertinggi bagi tahun 2023 dalam acara tahunan GrabFood 5-Star Awards yang berlangsung pada 24 Januari 2024 tempoh hari.
Mereka adalah yang terbaik daripada kalangan lebih 10,000 restoran di GrabFood serata Malaysia hasil penilaian jutaan pencinta makanan di platform tersebut sepanjang tahun lepas.
Para pemenang terbahagi kepada 11 kategori iaitu; Makanan Malaysia Terbaik; Makanan ‘Western’ Terbaik, Makanan Asia Terbaik, Makanan Sihat Terbaik, Pencuci Mulut Kegemaran Ramai, Minuman Kegemaran Ramai, Pilihan Snek Kegemaran Ramai, ‘Budget-Friendly Favourites’, ‘Family-Approved Selection’, dan ‘The Rising Star’, serta ‘Best of the Best’.
Kata Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan (JJ), anugerah tersebut bukan sekadar sebuah keraian dan pengiktirafan pencapaian cemerlang mereka terlibat, sebaliknya satu penetapan penanda aras baharu dalam industri perkhidmatan makanan.
"Kami tahu rakyat Malaysia menghargai dan memberikan keutamaan kepada kualiti makanan yang terbaik.
“Oleh itu, kami telah menemui cara yang sistematik untuk menentukan makanan terbaik bagi para pengguna melalui data dari 'Ratings and Reviews' di aplikasi Grab.
“Pada tahun 2023 sahaja, kami mempunyai lebih daripada tujuh juta penilaian yang membolehkan kami menggunakan data tersebut bagi menentukan restoran tempatan mana yang terbaik dari setiap negeri,” jelasnya.
Menurut JJ, 52 peratus daripada pengguna di platform Grab mencari restoran baharu untuk dicuba dan mekanisme “Ratings and Reviews” ini dapat menjadi rujukan untuk mereka membuat pilihan terbaik menepati citarasa dan selera masing-masing.
Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan
Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Jiong Jian Tan
Ujar beliau lagi, "Ratings and Reviews" yang menjadi panduan utama bagi para pelanggan untuk melihat restoran dan makanan mana yang menjadi kegemaran ramai juga memanfaatkan rakan niaga.
Penilaian dan ulasan positif memberikan dorongan kepada para pengguna untuk membuat lebih banyak pesanan dengan restoran-restoran tersebut, tambahnya.
Tahniah kepada semua pemenang dan berikut ialah senarai penuh pemenang GrabFood 5-Star Awards mengikut kategori:
66 daripada lebih 10,000 restoran di GrabFood diiktiraf 5 bintang untuk tahun 2023.
66 daripada lebih 10,000 restoran di GrabFood diiktiraf 5 bintang untuk tahun 2023.
Makanan Malaysia Terbaik Auntie Dayana’s Ayang Cafe Borneo 1st Chicken Rice Deen’s Maju Nasi Kandar Ed Cafe Hafiz Corner HOMST Kanna Curry House King Kunyit Lancheese Nasi Ayam Kee Chup Peanuts Anchovies Nasi Lemak Restoran Nasi Kandar Ameer Ehsan Restoran Nasi Kandar Yasmeen Thong Kee Cafe Village Park Restaurant Warung Bambam Zeon Food Station
Makanan ‘Western’ Terbaik ​​Borneos Fried Chicken KGB Killer Gourmet Burgers myPizzaLab Pasta Panas The Container Unknown Cafe and Bistro
Makanan Asia Terbaik Boran Classic Thai Street Food Curry Fun Eatomo Ikan Boulu Tanpa Tulang Nasi Ayam Gepuk Original Korn Kitchen Tasty Chapathi
Makanan Sihat Terbaik Guilt Free Society La Juiceria Superfoods Pilipala Poké and Gelato Poké Twins Poké Village The Fish Bowl
Pencuci Mulut Kegemaran Ramai ABC Anak Melaka Cendol Bmi Sejak 1985 Cendol Kampung Hulu JCO Donuts The Soybean Factory TianMiMi Dessert Shop
Minuman Kegemaran Ramai 7 Stars Cafe Beutea Big Boy Tea Bungkus Kaw Kaw Hicaa
Pilihan Snek Kegemaran Ramai Ah Ma TeoChew Kuih De Currypap Traditional Food and Dessert Goreng Pisang Dengkil Sambal Kicap Johor Hasan's Rojak and Cendol Lancheese Nam Heong
‘Budget-Friendly Favourites’ Curry Fun Meng Kitchen Murni Discovery Nasi Ganja Yong Suan Nasi Lemak Basmathi Planet Nasi Kukus
‘Family-Approved Selection’ Goodbox K Fry Urban Korean Oishi Japanese Restaurant Restaurant Jin Xuan Hong Kong Saba Restaurant
‘The Rising Star’ Heemo's Pizza Micabowl
‘Best of the Best’ Roast & Coffee Village Park Restaurant
5-Star Awards: 66 Restoran terbaik sepanjang 2023 diiktiraf Grabfood
Topic Berkaitan
#Grabfood
#GrabFood Malaysia
#5-Star Awards
#Jiong Jian Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan