BAGI artikel kali ini, kami ingin bawakan beberapa cadangan untuk anda pertimbangkan ketika menerima kod QR jemputan housewarming daripada rakan baik atau ahli keluarga terdekat.

Mencari hadiah housewarming yang sempurna mungkin agak sukar kerana citarasa individu berbeza antara satu sama lain namun, nilai practicality merupakan ciri paling selamat serta wajar diteliti ketika membuat keputusan… elemen estetik juga perlu ya!

Sambil-sambil membelek katalog IKEA yang anda ambil ketika window shopping hujung minggu lalu, teruskan juga scroll artikel ini bagi mendapatkan idea menarik untuk diberi ketika housewarming nanti. Silakan.

1. Lampu tidur pintar, worryless!

Dalam era digitalisasi tanpa batas ini, inovasi sesebuah produk juga membolehkan pengguna membuat pilihan bijak untuk membeli.

Misalnya lampu tidur pintar ini sangat bermanfaat kepada pemilik rumah baharu tambahan lagi apabila ia mampu menjimatkan penggunaan tenaga serta boleh dikawal meskipun tidak berada di rumah.

Inovasi lampu pintar memberi kelegaan kepada pemilik rumah baharu bersama ciri kawalan secara remotely.

Kalau tidak pasti dah tutup lampu atau belum ketika bergegas ke tempat kerja, worryless… buka aplikasi dan tutup lampu remotely! Mudah bukan? (Dapatkan di sini)


2. Bibik era baharu, vakum robot

Sekarang ini kehidupan kita semua boleh menjadi sangat praktikal, tidak perlu menunggu hujung minggu baru la nak mengemop atau menyapu… dengan adanya vakum robot bersama pelbagai fungsi, urusan harian anda kini lebih terurus!.

Robot vakum menjadikan urusan harian membersihkan lantai rumah menjadi lebih mudah.

Percayalah, dengan memberi hadiah vakum robot ini, anda pasti akan dapat mendapat pasta dengan portion yang banyak ketika housewarming nanti… sebab apa? Sebab host parti sangat gembira dengan hadiah tersebut. (Dapatkan di sini)


3. Seri rumah dengan permaidani / rug

Percayalah, pemilik rumah mempunyai berpuluh-puluh senarai semak apa yang ingin dibeli untuk kediaman baharu.

Salah satunya adalah permaidani/ rug, ini kerana ia merupakan penyeri untuk sesebuah rumah.

Serlahkan dekorasi rumah dengan sentuhan terakhir permaidani/ rug yang estetik.

Jadi, jika anda menghadiahkan mereka dengan perhiasan lantai ini tersangatlah memberi kelegaan kepada mereka dan satu lagi senarai semak yang mereka boleh catat sebagai selesai (untick). (Dapatkan di sini)


4. Penggoreng kering (air fryer) yang memudahkan, menyihatkan

Keluarga muda memang sangat memerlukan air fryer tambahan pula masih ramai di antara kita bekerja dari rumah (WFH), yang mana banyak perlu menghadiri mesyuarat virtual dalam sehari.

Kadang-kadang terlepas masa untuk makan tengah hari.

Kekal sihat dan jimat masa dengan penggunaan air fryer.

Dengan adanya air fryer ini, ia sangat memudahkan mereka untuk menyediakan menu on the go, tidak perlu mengunggu lama bagi menggoreng.

Masukkan ayam goreng sejuk beku, tinggalkan dalam tempoh masa ideal… lunch sudahpun tersedia! (Dapatkan di sini)


5. Santai dengan mesin/ set kopi

Biasanya pemilik rumah baharu akan lebih banyak meluangkan masa di rumah dan bersantai bersama pasangan sambil mencari idea dekorasi.

Sambil-sambil bersantai, peluang menghirup secawan kopi memang saat membahagiakan.

Bersantai pada hujung minggu sambil merancang dekorasi rumah baharu dengan set kopi ini.

Apa kata anda hadiahkan set bekas drib kopi kepada mereka untuk menikmati saat ceria bersama. (Dapatkan di sini)


6. Lilin wangi menyegar kediaman!

Kalau masuk rumah baharu, kita mesti perasan akan ada bau yang tidak menyenangkan… bukan kata busuk, tapi kurang selesa untuk pernafasan.

Pilihan jenis wanigan lilin aromaterapi ini turut memberi terjemahan personaliti pemilik rumah selain menjadi meditasi minda.

Justeru, kami cadangkan lilin wangi, tidak hanya sebagai pewangi rumah malah boleh dijadikan sebagai dekorasi di sudut kediaman. (Dapatkan di sini)

Meskipun anda menghadiri housewarming, pastikan sentiasa menjaga SOP dengan baik, mask up! dan kepada penganjur… pastikan ruang yang secukupnya disediakan kepada tetamu dengan menjaga jarak, demi kesihatan dan keselamatan bersama.

Stay safe people!.


*Artikel ini mengandungi pautan afiliasi. Kami mungkin menerima komisen untuk pembelian produk yang dilakukan melalui pautan ini.