awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hilang kerja, isteri pula minta cerai; kempen di Twitter berjaya kumpul RM 2,000

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
08/02/2017
07:07 MYT
Hilang kerja, isteri pula minta cerai; kempen di Twitter berjaya kumpul RM 2,000
Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kerja halal, namun semuanya menemui jalan buntu.
HIDUP manusia tidak lepas daripada diduga. Namun tatkala dugaan itu berat untuk dihadapi bersendirian, ketika itulah Tuhan mengirimkan seseorang untuk bersama-sama membantu meringankan bebanan itu.
Seorang pengguna Twitter dengan nama pengguna TheUsopIbrahim, menjadi perhatian warga media sosial selepas satu kisah yang dimuat naik pada Selasa.
Kisah sedih itu berkenaan pertemuan Usop dengan seorang lelaki yang dirahsiakan identitinya.
Pertemuan singkat itu memberi peluang untuk Usop merasai betapa lelaki itu sedang diuji dengan satu dugaan yang cukup hebat.
Hilang pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dan kini si isteri pula meminta cerai. Anak yang masih kecil perlu diuruskan keperluannya. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari kerja yang halal, namun semuanya menemui jalan buntu.
Malam tadi aku tgh hisap rokok sambil perhati gelagat org, dtg sorang pemuda tegur aku nak pinjam lighter.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Dia pun kenalkan diri, nama ikhwan. Umur 29. "Abg kerja kat sunway pyramid ni ke?" Soal dia. Aku jawab la tak. Singgah kejap je.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Dia ckp dia tgh cari kerja, tp tak dpt. Dah banyak borang dia isi tp semua ckp nanti call balik. Aku paham la perasaan tu cm mana.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Tiba tiba dia nangis. Dia kata berat betul bang dugaan sy kali ni. Sy dah tak tau nak buat mcm mana. Dia repeatedly say sorry kt aku.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Bantuan yang diharap dari pihak-pihak tertentu pula, dakwa Usop, tidak dapat direalisasikan.
Pastu dia ckp kat aku, 5 hari lepas dia pergi masjid. Nak minta bantuan sbb nak beli beras. Sbb dia dah takda duit sgt.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Ok dia dtg masjid nak mintak bantuan, org masjid boleh tanya dia tak pernah nampak pun sebelum ni?
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Aku tanya dia lagi, tak cuba pergi pusat Zakat? Dia jawab dah bang. Dah pergi. Tp org pejabat ckp peruntukan dah ada nama penerima.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
"Kalau nak cuba mintak, boleh isi form la. Mana la tau ada rezeki boleh dpt." Aku dah menyirap masa ni.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Dia ckp kat aku apa yg buat dia rasa lagi sedih dan tak kuat sgt, "isteri saya mintak cerai pagi tadi bang" sbb sekampit beras.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Tpi dia sayangkan keluarga dia. Tak semudah tu dia nak lafazkan cerai. Kalau tak dia takda nak kutip syiling isi minyak motor nk cari kerja
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Dia ckp kt aku, klu dia jahat dia dah pergi meragut org. Rompak masjid amik duit tabung. Tp bila kita minta dgn cara yg btl, banyak prosedur
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Dan rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan penyatuan hati mereka apabila bersama-sama menghulurkan bantuan untuk meringan bebanan yang ditanggung lelaki itu.
Bermula dengan bantuan kecil iaitu meminjamkan pemetik api, ia kemudiannya membawa kepada bantuan yang lebih besar, di mana Usop berjaya mengumpulkan lebih RM2,000 melalui media sosial, untuk membantu lelaki itu dan keluarganya melalui kehidupan untuk sebulan lagi.
Amount yg aku serahkan kat dia RM2260 setakat jam 6 ptg, time withdraw. Ada balance lagi. Doakan aku boleh uruskan selebihnya dgn baik.
— usop (@TheUsopIbrahim) February 7, 2017
Menerusi cerita Usop, lelaki berkenaan telah pun mendapat kerja.
Bantuan kepada lelaki itu sudah pun diserahkan petang semalam.
Topic Berkaitan
#bantuan
#masjid
#TheUsopIbrahim
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan