IPOH: Kurang beberapa minggu lagi, Perak bakal menjadi sorotan dan tumpuan ramai susulan Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).
Tidak dinafikan, jika bukan kerana TMP sekalipun, negeri ini yang dilimpahi banyak khazanah dan keunikan sering dilawati pelancong dalam dan luar negara.
Persoalannya, adakah Perak sudah bersedia dari sudut pelancongan berasaskan warisan dan sejarah? Dan adakah tapak dan bangunan tersebut dipulihara sebaiknya.
Dari apa yang dilihat sebelum ini, banyak bangunan yang sarat dengan nilai warisan terbiar dan reput dimakan zaman, termasuk runtuh kerana tiada penjagaan.
Antara sebab utama adalah disebabkan pemilikan tanah, kurang promosi dan tiada suntikan dana untuk memulihara bangunan tersebut.
Jika hendak dibandingkan dengan negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, nampaknya kita masih lagi jauh ketinggalan dalam usaha memulihara warisan yang berharga.
Usaha ini bukan hanya terletak kepada kerajaan negeri, tetapi termasuk pihak berkuasa tempatan, swasta dan orang ramai.
Menurut Timbalan Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHGSoc), Nor Hisham Zulkiflee, peranan Lembaga Muzium Negeri Perak juga penting dalam memberi maklumat berkaitan pelancongan warisan negeri.
Malangnya, menurutnya, banyak muzium terutamanya di bawah pengurusan Lembaga Muzium Negeri Perak tidak beroperasi dengan alasan pengubahsuaian dan sebagainya.
"Perak antara negeri yang ada banyak muzium diuruskan kerajaan pusat dan negeri mahupun swasta selepas Melaka.
"Jadi, besar harapan muzium ini dapat segera dibuka untuk Tahun Melawat Perak. Saya puji usaha seperti pembukaan semula Muzium Diraja Kuala Kangsar yang memberi nilai tambah kepada pelancongan warisan sejarah negeri," katanya ketika ditemui.
Ulasnya lagi, banyak produk pelancongan warisan yang perlu diketengahkan seperti di Ipoh, Taiping, Gopeng dan Batu Gajah.
"Saya dapati pelancongan warisan hanya diberikan perhatian kepada beberapa produk dan tapak sejarah warisan sahaja.
"Sedangkan kemudahan prasarana seperti papan tanda sudah disediakan. Ini termasuk beberapa jejak warisan yang dibangunkan berasaskan tokoh atau sejarah seperti jejak warisan Perang Dunia Kedua dan Jejak Warisan Dr Sun Yat Sen.
"Selain itu ada beberapa bandar lain seperti Kuala Kangsar, Kampar, Lenggong dan Perak Tengah perlu diuar-uarkan juga," katanya.
Tambahnya, ada tapak yang bukan sahaja mempunyai nilai sejarah setempat tetapi juga berkaitan sejarah negara dan memiliki pengiktirafan UNESCO.
Contohnya, Kapal Korek Tanjung Tualang No.5, Kellies Castle, Victoria Bridge, Kota Belanda Pangkor, Pekan Lama Ipoh dan Lembah Lenggong.
"Selain itu, sambutan 150 tahun Taiping yang kebetulan jatuh pada tahun sama. Kita sedia maklum bandar warisan ini mempunyai banyak perkara pertama di Negeri-negeri Melayu.
"Kompleks Sejarah Pasir Salak juga perlu promosi dan suntikan dana segera untuk dinaik taraf. Replika Rumah Dato' Maharaja Lela yang siap dibaik pulih juga ada potensi, harap dapat dibuka segera dan dipromosi," katanya.
Nor Hisham turut berharap kerajaan negeri melihat kemudahan yang disediakan di setiap tapak sejarah warisan.
Katanya, kebersihan dan papan tanda arah ke tapak berkenaan perlu dititikberatkan.
"Pihak berkuasa perlu bekerjasama dengan pemain industri termasuk NGO dan penduduk setempat dalam mempromosi dan memelihara tapak," katanya.
Aida Aziz
Sat Dec 16 2023
Di Perak, terdapat bnyak produk pelancongan warisan yang perlu diketengahkan seperti di Ipoh, Taiping, Gopeng dan Batu Gajah. - Astro AWANI/Aida Aziz
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
'Railway To See Malaysia' jayakan Tahun Melawat Perak 2024
Penumpang memperoleh pengalaman menaiki tren konvensional menggunakan lokomotif diesel yang kini tidak lagi digunakan di laluan Utara.
Taman ESCAPE Ipoh dibuka April depan, jangka tarik 200,000 pengunjung setahun
Taman Inspirasi Alam Semulajadi ESCAPE (ESCAPE) Ipoh berkeluasan 59 hektar di sini akan mula dibuka kepada orang ramai April depan.
Kempen 'Travel, Visit and Stay Green 2.0' perkasa ekopelancongan Perak
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kempen tersebut juga sekali gus mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa ke Perak bersempena Tahun Melawat Perak 2017.
Cukai pelancongan tidak jejas sambutan Tahun Melawat Perak 2017 - Exco
Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017 yang diluluskan Dewan Rakyat tidak memberi kesan kepada kerajaan Perak untuk menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.