awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa harus pandai cari alternatif sediakan makanan berkhasiat

Syakirah Zulkifly
Syakirah Zulkifly
27/06/2018
10:01 MYT
Ibu bapa harus pandai cari alternatif sediakan makanan berkhasiat
Kevin mengakui wujud tanggapan bahawa makanan berkhasiat adalah lebih mahal berbanding yang tidak atau kurang berkhasiat. - Gambar hiasan
Tanggapan makanan berkhasiat adalah mahal harus diubah bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi dikalangan kanak-kanak, jelas pakar kecergasan Kevin Zahari.
Dalam satu temubual bersama Astro AWANI, Kevin menjelaskan ada pelbagai pilihan makanan berkhasiat yang lebih murah yang boleh disediakan kepada kanak-kanak bagi memastikan tumbesaran mereka sempura.
Beliau mengakui wujud tanggapan bahawa makanan berkhasiat adalah lebih mahal berbanding yang tidak atau kurang berkhasiat.
Bagaimanapun tegasnya, ibu bapa harus pandai mencari alternatif dalam menyediakan makanan yang bukan sahaja murah tetapi berkhasiat tinggi.
"Ibu bapa harus memastikan dalam setiap tiga hidangan paling minima, sarapan pagi, hidangan tengahari dan malam perlu ada sumber protein.
"Ia tidak semestinya daripada sumber daging atau ayam tetapi biarlah daripada pelbagai jenis protein, jika kos menjadi isu, ayam adalah jimat.
"Terdapat pelabagai jenis protein yang boleh didapati selain daripada sumber berbentuk haiwan seperti taufu dan susu asalkan sumber itu mempunyai khasiat untuk membantu baiki sel-sel tumbesaran," tambah Kevin.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada cadangan pembangunan pelan hala tuju kebajikan kanak-kanak yang disusulkan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.
Cadangan Jawatan kuasa berkenaan dibuat susulan laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Februari lalu.
Laporan tersebut menyatakan kanak-kanak di projek perumahan rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur berhadapan masalah kekurangan nutrisi yang serius.
BACA: Golongan miskin bandar kurang ambil makanan berkhasiat - Penganalisis
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Kevin Zahari
#Malaysia
#nutrisi
#PPR
#Projek Perumahan Rakyat
#Tumbesaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan