Kebiasaannya ikan yang banyak dijual di pasar merupakan ikan laut yang ditangkap oleh para nelayan, namun ada juga 'ikan darat' yang ditangkap oleh orang kampung dengan cara memukat terutamanya di Kelantan.
Antara ikan darat yang ada di pasar dan mencapai harga yang baik ialah ikan keli, puyu, lampam, sepat dan haruan yang ditangkap menggunakan pukat yang dipasang di kawasan tertentu yang menjadi 'lubuk ikan'.
Bagi Rasli Sulaiman, 60, dari Kampung Chap, Bekelam Jelawat di sini 'ilmu lubuk ikan' yang ada pada dirinya memudahkan kerja-kerja memukat dan menangkap ikan darat yang banyak jumlahnya ketika musim tengkujuh.
"Pada musim banjir ikan memang banyak dan memberi pulangan hasil yang berlipat ganda kerana pada waktu hujan ikan mudah masuk pukat tanpa mengira masa baik tengahari, petang mahupun malam.
"Musim kemarau pula biasanya saya peroleh ikan lebih besar walau hanya sekali tahan pukat dan pernah bawa naik ikan sebanyak 30 kilogram," katanya kepada Bernama.
Rasli berkata ikan puyu dan keli mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan pelanggan tetap, diikuti ikan lampam, sepat serta haruan.
"Saya diberi anugerah mengenali lubuk ikan berpandukan pesan orang tua-tua yang biasanya ikan banyak di perdu pokok mengkuang di tepi sungai.
"Di situlah ikan suka duduk dan membiak, jadi saya kenal tempat tumpuan tersebut... Alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk memperoleh pendapatan menampung keperluan keluarga," katanya.
Sementara itu, isterinya Noriah Hassan, 44 juga dikenali sebagai Fatimah berkata, beliau gembira membantu suami yang setiap hari membawa pulang ikan sungai atau bendang.
"Ikan ini dikumpulkan, sama ada disiang dan dipotong, ada yang diletak garam kunyit, dibungkus serta dijual pada setiap pagi Jumaat di Pasar Minggu Kedai Lalat dengan harga RM5 setiap bungkus bagi memudahkan pelanggan menyediakan masakan ikan darat.
"Bagi mengelak ikan darat berbau hanyir, saya rendam ikan segar yang baru ditangkap menggunakan gandum, asam jawa dan cuka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
Rasli Sulaiman, 60, memeriksa sebahagian pukat yang dipasang di dalam bendang ketika ditemui di Kampung Chap, Bekelam Jelawat. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ikan air tawar diancam kepupusan
Ancaman itu disebabkan peningkatan kesan perubahan iklim dan akibat tangan manusia terhadap hidupan liar di bumi ini.
Perak mohon KPKM wujudkan lebih banyak pusat pembenihan ikan air tawar
Mohd Zolkafly berkata, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu ke meja rundingan bersama KPKM dan agensi berkaitan dalam masa terdekat.
Kerajaan digesa tangani masalah kekurangan benih ikan air tawar
Pengusaha dan penternak ikan air tawar menggesa kerajaan agar segera menangani masalah kekurangan benih ikan yang menjadi cabaran besar pemain industri itu.
Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati
Pengurus kolam berkata, kejadian terbabit disedarinya pada jam 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi.
Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.
Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan
Antara kaedah penangkapan ikan yang dilarang ialah penggunaan arus atau renjatan elektrik, bom ikan, menuba ikan atau menggunakan racun dan kaedah menembak ikan.
23 penternak rugi RM1.3 juta, ikan air tawar mati akibat banjir buruk
Arus deras dan berlumpur telah menyebabkan kematian ikan seperti tilapia dan patin yang diternak dalam sangkar.
Banjir Sabah: Nelayan pasang pukat cari 'rezeki' ikan air tawar
Jeffrey Ongod mula memasang pukat pada pagi Ahad selepas kawasan rumahnya dinaiki air susulan hujan berterusan di Kota Marudu.
Pencemaran Sungai: Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap JAS
Kerajaan Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap daripada JAS berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil.