Fenomena ekuinoks dijangka berlaku di negara ini sekitar 20-21 Mac dan 23 September.

Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari sejajar dengan Garisan Khatulistiwa. Ia menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.

Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam.

Bagi fenomena ekuinoks di Malaysia, kebiasaan suhu dijangka antara 30 dan 35 darjah Celsius.

Fenomena Ekuinoks menyebabkan jangka masa siang dan malam menjadi sama selain suhu bumi meningkat. -Infografik Muhd Yuzir / Astro AWANI