awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingin balik kampung bersama si comel? Baca tip ini untuk perjalanan 'stress-free'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
01/05/2022
01:00 MYT
Ingin balik kampung bersama si comel? Baca tip ini untuk perjalanan 'stress-free'
Beberapa tip bagaimana mahu memastikan si comel selesa sepanjang perjalanan balik kampung. -Astro AWANI/Essan Yahya
MELALUI tempoh perjalanan yang agak lama untuk pulang ke kampung halaman bukan sahaja memerlukan persiapan teliti malah tahap kesabaran yang tinggi.
Apatah lagi jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kucing yang mahu dibawa bersama.
Doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali berkongsi beberapa tip bagaimana mahu memastikan 'si bulus' berasa selesa di dalam kenderaan untuk tempoh masa yang panjang.
1. Biasakan kucing di dalam kenderaan bergerak
Walaupun hanya untuk 5 atau 10 minit, langkah ini penting untuk membiasakannya berada di dalam kereta. Sebaiknya dilakukan sebulan sebelum perjalanan sebenar.
2. Bersedia jika kucing muntah, buang air dalam kereta
Persiapkan 'tempat membuang' untuk si bulus. Bagi kucing yang ada jadual membuang air tertentu, rancang perjalanan mengikut masa tersebut.
Boleh mulakan perjalanan selepas si comel menyelesaikan 'urusan'nya.
3. Sediakan 'treats', air minuman dalam kuantiti terkawal
Sediakan sedikit makanan dan minuman, namun jangan berlebihan. Cukup sekadar mengisi perut.
Boleh juga puasakan kucing beberapa jam sebelum melakukan perjalanan jauh.
4. Letak kucing dalam carrier
Jangan biarkan kucing 'roaming' di dalam kereta untuk mengelakkan bahaya semasa pemanduan.
5. Sediakan mainan, selimut
Apa sahaja yang disukainya agar berasa selamat.
6. Hormon atau ubat penenang
Boleh dapatkan nasihat doktor veterinar berhubung pengambilan artificial hormone dan juga ubat penenang.
7. Jangan sesekali tinggal kucing bersendirian dalam kereta walaupun sekejap seperti pergi ke tandas, solat atau makan.
Tindakan ini boleh menyebabkan masalah heat stroke terutama ketika cuaca terlampau panas. Kerana itu disarankan untuk letak kucing dalam carrier.

Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#kucing
#balik kampung
#Aidilfitri
#si bulus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan