awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram nasihat remaja tidur jika guna aplikasi lewat malam

Amanz
Amanz
19/01/2024
02:50 MYT
Instagram nasihat remaja tidur jika guna aplikasi lewat malam
Notifikasi nasihat untuk tidur akan dipaparkan pada skrin jika pengguna dikesan mengakses Reels dan DM lebih daripada 10 minit selepas waktu tidur. - Foto Amanz
INSTAGRAM ialah aplikasi pilihan golongan lebih muda kerana Facebook mempunyai reputasi sebagai platform untuk warga tua.
Tetapi ketagihan kepada media sosial berlaku pada semua peringkat umur.
Oleh itu Instagram telah mengaktifkan ciri baharu yang memberikan peringatan kepada remaja untuk tidur jika aplikasi mengesan mereka menghabiskan masa selepas waktu tidur.
Notifikasi nasihat untuk tidur akan dipaparkan pada skrin jika pengguna dikesan mengakses Reels dan DM lebih daripada 10 minit selepas waktu tidur.
Nasihat yang diberikan menyarankan aplikasi ditutup.
Remaja masih boleh meneruskan aktiviti mereka walaupun selepas notifikasi ini diberikan.
Kepada ibu bapa atau penjaga, kawalan aktiviti aplikasi pada telefon pintar masih boleh dilakukan menerusi aplikasi seperti Google Family Link.
Terdapat ciri mengunci aplikasi selepas ia digunakan melebihi had yang ditetapkan oleh ibu bapa serta penjaga.
Jangan harapkan pemilik aplikasi untuk menjadi penjaga anak anda sepenuhnya.
Tanggungjawab masih di tangan anda maka gunakanlah teknologi yang ada sebaik-baiknya.
SUMBER Meta
Topic Berkaitan
#Instagram
#golongan muda
#waktu tidur
#notifikasi nasihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan