KUALA LUMPUR: Di sebalik kesibukan Jalan Pasar Pudu yang sinonim sebagai hab barangan elektrik dan barangan basah di tengah-tengah ibu kota, ia juga menjadi 'lubuk' peminat ikan hiasan pada harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai.
Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain sekali gus menjadikan Jalan Pasar Pudu terus menjadi tumpuan hingga ada peniaga ikan hiasan mampu bertahan selama empat dekad.
Ikan Betta Galaxy Koi misalnya, dijual pada harga antara RM50 hingga RM60 seekor di tempat lain, namun boleh diperoleh pada harga serendah RM15 hingga RM20 seekor sahaja, begitu juga dengan ikan emas kecil yang dijual pada harga RM4.
Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pelanggan yang melalui kawasan di situ tertarik dengan keunikan warna ikan hiasan yang diletakkan di dalam beberapa baldi di kaki lima kedai dan juga dalam bungkusan plastik yang ditandakan harga.
Antara ikan hiasan yang mendapat permintaan tinggi ialah pelbagai jenis ikan laga, ikan gupi, ikan molly, ikan air tawar seperti lampam dan tengas, koi, bayan, ikan emas dan kelisa.
Mewarisi daripada bapanya, Marcus Low, 31, berkata perniagaan ikan hiasan milik keluarganya itu yang bermula di tepi Jalan Pasar Pudu akhirnya memiliki kedai sendiri selama 40 tahun dan terus bertahan hingga ke hari ini.
"Kebanyakan peniaga di sini merupakan generasi kedua yang menyambung legasi perniagaan daripada ibu bapa mereka dan deretan kedai yang ada pula masih mengekalkan struktur kedai asal.
"Lokasi ini menjadi pilihan peminat ikan hiasan kerana boleh membuat perbandingan harga dengan kedai sekitar dan peniaga pula akan berlumba-lumba memberikan tawaran harga munasabah bagi meraih lebih ramai pelanggan," katanya kepada Bernama.
Pelanggan juga bebas melakukan aktiviti tawar-menawar dengan penjual selain boleh mendapatkan pelbagai aksesori peliharaan ikan seperti akuarium, penapis, pam dan makanan.
Biasanya, jumlah pelanggan akan bertambah dua kali ganda pada hari cuti umum dan hujung minggu berbanding hari biasa, kata pembantu kedai, Steven Chong, 47.
Menurut Chong bekalan ikan hiasan diperoleh daripada pembekal tempatan manakala aksesorinya diimport dari China.
"Di kedai ini terdapat puluhan spesies ikan hiasan dan pelanggan boleh mendapatkannya serendah RM1 hingga ribuan ringgit bergantung kepada spesies, kualiti, kecantikan dan saiz," katanya menambah premis berkenaan beroperasi bermula 8.30 pagi setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Jalan Pasar Pudu menjadi ‘lubuk’ peminat ikan hiasan pada harga jauh lebih murah termasuk spesies sukar dijumpai. --fotoBERNAMA
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Jalan Pasar Pudu 'syurga' peminat ikan hiasan
Kebanyakan harga ikan hiasan yang dijual di situ lebih murah antara 20 hingga 30 peratus berbanding lokasi lain.