"Jangan diperbesarkan hal perkauman ini, dekat sini orang Melayu makan mee goreng 'aunty' sana, orang Cina pula letak sambal belacan dah serupa kuah, orang India pula ganti tosai kepada telur goyang," demikian kata seorang pekerja di sebuah gerai nasi ayam di Medan Selera Dataran Dato' Sagor di sini.
Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai Natasha, 34, berkata penduduk tempatan pelbagai kaum menjadikan medan selera ini sebagai tempat beramah mesra sambil menikmati bermacam jenis hidangan sarapan dan tengah hari di sini.
Sambil pemberita menikmati nasi lauk pauk di gerai nombor 13, gerai makanan dan minuman Eyna selera utara, Natasha berkata di Malaysia ini, bila menyentuh mengenai makanan, tiada lagi jurang atau 'cluster' sesama kaum.
"Kita di Malaysia ini sama sahaja citarasanya tiada yang beza, kari semua orang makan, cuma yang beza makanan atau minuman yang halal atau haram sahaja.
"Tetapi sebabkan citarasa yang sama itulah dapat membentuk satu perpaduan dan muhibah dalam kalangan rakyat di Malaysia ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Khamis.
Medan selera yang terletak di Jalan Dato' Sagor di sini merupakan antara destinasi makanan yang cukup popular dalam kalangan penduduk setempat di bandaraya Ipoh ini selain 'Nasi Ganja' di Restoran Yong Suan dan Restoran New Hollywood di Taman Canning, di sini.
Medan selera yang buka pada setiap Isnin hingga Jumaat itu beroperasi seawal pukul 6.00 pagi hingga pukul 6.00 petang akan dipenuhi pengunjung yang ingin menikmati mee kicap, roti goyang, nasi lemak, nasi ayam, tosai dan minuman kopi cham.
Sementara itu, bagi Ong Chee Hong, 35, yang sudah bekerja berbelas tahun di gerai Ah Ying Roti Goyang dan Minuman milik ibu ayahnya itu berkata dia menganggap semua yang bekerja di gerai-gerai makan di medan selera ini seperti adik beradik.
"Saya seronok kerja di sini selain dapat membantu ibu bapa, saya ada ramai kawan dan ada saya dah anggap seperti adik beradik.
"Tetapi dia tiada di sini hari ini. Apa yang boleh saya katakan semua (India, Cina, Melayu) boleh bergaul dengan rapat," katanya.
Di gerai nombor 20 itu, pelbagai hidangan seperti roti goyang, roti telur dan roti kaya telah dibuka di medan selera berkenaan sejak zaman atuk neneknya pada tahun 70-an lagi.
Bagi seorang peguam, Awtar Singh, 58, yang menggemari roti goyang dan nasi lemak berkata, dia selalu berkunjung ke gerai makan di sini bersama pekerja-pekerjanya.
Beliau yang mempunyai tiga orang pekerja Melayu dan seorang pekerja India menyatakan dia menganggap duduk semeja makan bersama dengan pekerja itu sudah menjadi rutin hariannya.
"Jangan terpengaruh dengan isu-isu perkauman yang sengaja dibangkitkan ini. Yang penting kita lihat sendiri bagaimana semua rakyat contoh di kedai makan ini duduk bersembang, gelak ketawa makan bersama.
"Lagi satu perkara yang paling penting adalah hormati antara satu sama lain. Tidak rugi apa. Saya dulu kawan-kawan India, Melayu dan Cina, biasalah gaduh-gaduh 'mesra' tak sampai berapa jam pun lepas itu baik balik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
Ahmad Ruzaimi Zulkifli (kanan) bersama rakan yang lain menikmati roti goyang dan minuman yang dipesan dari gerai Ah Ying Roti Goyang dan Minuman di Ipoh, 10 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Sindiket penipuan pekerjaan: Lebih 80 peratus mangsa berbangsa Cina
Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan adalah berbangsa Cina.
Anak angkat sejak bayi, hubungan dengan keluarga asal lain agama tetap erat
Ini adalah kali kedua dia datang ke Tanah Suci di mana sebelum ini dia dan suami menunaikan umrah.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Tahun Naga 2024: Mereka yang dilahirkan pada tahun babi paling bertuah tahun ini!
Menurut Pakar Feng Shui, Kenny Hoo, tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.
Kalau tak cakap pasal Melayu, nak cakap pasal apa, soal Sanusi
Katanya, parti politik seperti Pas dan Bersatu adalah parti orang Melayu, maka pastinya isu sebegitu menjadi topik perbincangan.
Perpecahan undi Melayu semakin ketara - Khairy
Menurutnya, situasi itu berbeza dengan undi orang Cina yang dilihat lebih memihak kepada satu parti.
Pertama kali bawa suami rai Tahun Baharu Cina selepas 20 tahun perkenalan
Berawal dengan perkenalan pertama pada tahun 2003, Chong Li Yen tidak pernah terfikir bertemu akan jodoh dengan seorang lelaki beragama Islam.
Variasi genom Malaysia sesuai sebagai tapak ujian klinikal yang unggul - Khairy
Variasi genom Malaysia daripada populasinya yang pelbagai menawarkan tapak terbaik dan paling sesuai untuk penyelidikan ujian klinikal.