Ihsan dan simpati masyarakat terhadap haiwan jalanan, khususnya kucing semakin baik sejak kebelakangan ini, namun kesedaran terhadap keperluan pemandulan dan vaksinasi masih perlu diperbaiki.
Ramai daripada kita yang tidak kisah memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan, tetapi sedarkah kita ia menyumbang kepada pembiakan tidak terkawal haiwan ini di jalanan?
Itu merupakan fokus penganjuran acara Kucing Angkat anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam, dengan kerjasama The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), yang berlangsung pada 4 Ogos lalu.
Sudah beberapa kali dianjurkan, program ini bukan sekadar mempromosikan slogan 'adopt, don't shop', tetapi juga mendidik masyarakat untuk menyedari betapa pentingnya memandulkan dan memberi vaksin kepada si comel.
"Kami nak ingatkan kepada orang ramai yang suka bagi makanan kepada kucing, tak salah bagi makan tapi sekurang-kurangnya kena mandulkan kucing-kucing itu. Sebab itu dalam program hari ini, kami jemput juga veterinar dan SPCA untuk beri maklumat kepada orang ramai.
"Vaksinasi itu penting jika anda bela kucing tapi jika anda hanya memberi makan, kami harap anda akan mandulkan sebab kami mahu elakkan pembiakan yang tidak diperlukan," kata Pegawai Kesihatan Persekitaran MBSA, Nurhidayah Abdul Razak.
Orang ramai yang mahu mendapatkan diskaun harga bagi pemandulan dan vaksin boleh menghubungi SPCA untuk mendapatkan senarai klinik haiwan di Selangor yang menawarkan harga lebih murah berbanding biasa.
Turut ditekankan adalah kepentingan menjaga kebersihan, baik bagi pemilik, mahupun mereka yang hanya memberi makan kucing jalanan.
"Penting jaga kebersihan, jadi pemilik atau feeder perlu ambil berat hal kebersihan. Ada orang tak kisah kucing berkeliaran di kawasan rumah tetapi bila kucing itu berak merata-rata, itu yang jadi masalah.
"Kadang-kadang sampai bergaduh dengan jiran pasal kucing. Perkara ini takkan berlaku kalau pemilik atau feeder lebih prihatin," tambah Nurhidayah.
Pendapat bahawa pemandulan menyeksa haiwan juga sebenarnya tidak boleh diguna pakai kerana ia terbukti memberi manfaat dari segi fizikal dan psikologi kucing.
"Kucing yang dimandulkan akan lebih behave, tidak 'memancut' dan lebih manja. Dari segi fizikal, bulu kucing akan lebih lebat dan sihat," kata wakil Tawakkal Veterinary, Nazri Karim.
Kesemua kucing yang diletakkan di bawah Program Kucing Angkat ini sudah dimandulkan dan diberi vaksin, dan bakal pemilik hanya perlu membayar RM30 untuk membawa si comel ini pulang.
Madiha Abdullah
Sun Aug 04 2019
Antara si comel yang menunggu kehadiran 'adopter' dalam program Kucing Angkat di Shah Alam.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Modaliti rawatan inovatif perangi ketagihan moden
Terdapat beberapa pendekatan inovatif untuk rawatan ketagihan yang telah menunjukkan kemajuan dalam penyelidikan.
Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
[KOLUMNIS] Sengsara di Aidilfitri: Apa yang anda perlu jaga jika menghidap penyakit ini?
Penghidap beberapa jenis penyakit harus sedar wujud kesan sampingan daripada pemakanan yang tidak dijaga semasa musim perayaan.
Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Trigeminal Neuralgia: Kesakitan 'membunuh'
Meskipun jarang berlaku, penyakit ini telah menyerang ramai individu di seluruh dunia termasuk selebriti seperti George Clooney dan Salma Hayek.
Cuaca panas dijangka kekal hingga April
Dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.
Thailand rintis teknologi WiFi generasi akan datang untuk transformasi kesihatan
USTDA berkata kajian yang dibiayai itu akan merangkumi pembuktian konsep untuk penggunaan teknologi Wi-Fi 6E di Hospital Ramathibodi.
Cuaca panas tidak jejas industri pelancongan Semporna
Aktiviti pelancongan masih berjalan seperti biasa, malah cuaca panas sekitar 28 hingga 31 darjah Celsius menjadi daya tarikan kepada pelancong.