awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan sewenangnya dedah nombor akaun di laman sosial'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/05/2020
14:14 MYT
'Jangan sewenangnya dedah nombor akaun di laman sosial'
Biarpun tidak membawa kesan buruk secara langsung, maklumat itu tetap boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
TINDAKAN sesetengah individu yang mendedahkan nombor akaun di laman sosial menerima teguran beberapa pihak.
Nombor akaun dimuat naik ke Twitter sebagai 'jenaka normal baharu' sempena Hari Raya Aidilfitri, memandangkan aktiviti ziarah tidak dibenarkan sekali gus tidak membolehkan pemberian dan penerimaan duit raya seperti biasa.
Namun perkara itu dianggap tidak selamat oleh beberapa individu termasuk mereka yang arif dalam bidang tadbir urus internet dan keselamatan siber.
Seorang pengguna Twitter, Aisyah Shakirah Suhaidi, memuat naik satu thread memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat akaun di laman sosial.
"Ia mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi apabila anda berkongsi maklumat akaun bank anda secara terbuka, anda menghadapi risiko penipuan, terutamanya melalui pancingan data.
"Lebih teruk lagi jika anda juga memaparkan data peribadi lain seperti nombor telefon peribadi, alamat e-mel dan sebagainya," tulisnya.
Aisyah yang merupakan Pengurus Penglibatan Komuniti Serantau (Asia Pasifik) di Internet Society memaklumkan, perkara itu membolehkan penjenayah mengambil maklumat mangsa dan memudahkan penyamaran.
"Penjenayah kemudian dapat menyamar sebagai anda, dan juga mungkin mendapat akses ke akaun bank anda, termasuk melalui perbankan Internet," jelasnya.
I am noticing a trend where people are sharing their bank account details publicly on social media for duit raya. Please please dont do this. This piece of information is part of your personal data & sharing it publicly is basically saying hey cybercriminals, come get me!
— aisyah shakirah (@aisyahshakirah) May 24, 2020
Seorang jurutera, Omar Mokhtar pula berpendapat, biarpun mendedahkan nombor akaun mungkin tidak memberi kesan buruk secara langsung, namun maklumat itu tetap boleh dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.
"Katakan anda kongsi nombor akaun Maybank, sekarang scammer dah tahu nama penuh dan anda guna Maybank.
"Yang tinggal sekarang adalah untuk dapatkan maklumat seperti emel, nombor IC, alamat dan lain-lain bagi membolehkan mereka jalankan Social Engineering (SE) lebih mendalam.
"Di Malaysia ni data breach bersepah-sepah, kau dan aku mungkin sebahagian dari breach tersebut. Tapi itulah ramai tak sedar atau langsung tak nak ambik tahu.
Setuju. Majoriti Internet scam di Malaysia datang dari spear phishing. Spear phishing berbeza daripada phishing biasa di mana scammer tu nampak legit & sangat sukar dikesan. Rata-rata yang kena spear phishing ni tak perasan pun yang sebenarnya tu phishing walaupun dia pakar IT. https://t.co/HBQWlxJAyO pic.twitter.com/kVVhsp7oV0
— Omar Mokhtar (@omarqe) May 25, 2020
"Beri nombor akaun bank kepada orang tertentu saja, janganlah siarkan pada umum.
"Setiap inci maklumat anda sebenarnya berguna untuk scammer, sebab bila scammer tu boleh beritahu maklumat anda dengan tepat dan terperinci, lebih tinggi peluang anda terpedaya," tulisnya di Twitter.
Topic Berkaitan
#bank
#data
#Internet
#keselamatan
#laman sosial
#nombor akaun
#penipuan
#penjenayah
#perbankan
#scammer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan