Skip to main content

Malaysia

Bunuh suami buta: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita, adik lelaki

KAJANG, 22 Okt -- Pengusaha sebuah kedai makan G.S Angela Dewi, 45, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang hari ini atas pertuduhan membunuh suaminya yang buta, di Kampung Baru Sungai Chua awal bulan lalu.
Angela mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah, di hadapan Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak diikat jamin dan menetapkan 21 Disember untuk sebutan semula kes.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TER
Gambar fail menunjukkan G S Angela Dewi sewaktu didakwa membunuh suaminya yang buta, di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang pada tahun 2020. - Gambar fail Bernama

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap seorang wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan kesalahan membunuh suaminya yang buta, enam tahun lepas.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, bersidang bersama Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah menolak rayuan difailkan G.S. Angela Dewi dan S. Vijaya terhadap sabitan dan hukuman mereka.

Advertisement

Dua beradik itu pada mulanya dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2023 atas pertuduhan membunuh R. Devarajoo, 59, di sebuah rumah di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, Selangor antara 12 dan 1 tengah hari, 1 Okt 2020.

Pada 2024, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan mereka, namun menukar hukuman mati kepada penjara 33 tahun. Mahkamah itu turut memerintahkan Vijaya dikenakan 12 sebatan. Kedua-duanya diarahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan masing-masing, iaitu pada 10 dan 17 Okt 2020.

Angela Dewi yang mengusahakan sebuah kedai makan dengan adiknya itu kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Berdasarkan fakta kes, cucu perempuan si mati telah menjumpai mangsa terbaring di atas sofa di beranda rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan menjerit sebaik sahaja melihat keadaan itu.

Isteri kedua Devarajoo, yang dikahwini mengikut undang-undang adat, kemudian tiba di tempat kejadian dan melihat lelaki itu dalam keadaan berlumuran darah. Devarajoo kemudian dihantar ke hospital menggunakan ambulans.

Pada hari sama, Angela Dewi yang merupakan isteri pertama Devarajoo, membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku satu rompakan dan satu rantai emas milik suaminya itu telah hilang.

Kes berkenaan pada mulanya diklasifikasikan sebagai rompakan, namun selepas Devarajoo meninggal dunia akibat kecederaannya pada 10 Okt 2020, pihak polis mengklasifikasikannya sebagai bunuh.

Hasil siasatan lanjut, polis menahan Angela Dewi, 50, dan Vijaya, 47. Vijaya kemudian membawa pihak polis ke sebuah bilik stor dan mereka menemukan satu penukul serta seutas rantai emas yang dilaporkan hilang.

Angela Dewi dan Vijaya diwakili peguam M.Manoharan, B. Sarathabala serta P. Subramaniam manakala Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmed Fauzi mewakili pihak pendakwaan.

-- BERNAMA 

Must Watch Video