ARAU: 'Jerami Icon' yang mempamerkan arca jerami padi berupa burung hantu antara tarikan Pesta Angin Timur Perlis 2023 (PAT 2023) yang membuka tirainya bermula Jumaat (3 Mac) hingga Ahad ini di Kampung Sungai Padang di sini.
Tinjauan Bernama mendapati ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Perlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung pada hari pertama pesta itu berlangsung.
Pegawai MADA Wilayah 1 Perlis, Mohamad Hafifi Syauki Md Saad berkata, arca jerami burung hantu itu diperkenalkan pihaknya sebagai 'Burhan' atau singkatan daripada burung hantu iaitu burung berkenaan satu daripada ejen kawalan biologi dalam tanaman padi untuk mengawal populasi tikus sawah.
"Kita terapkan burung hantu itu sendiri dalam bentuk binaan arca ini untuk menarik pengunjung mendekati 'Jerami Icon' (bagi mengunjungi PAT 2023). Saiz arca burung hantu yang dibuat pihak MADA ini, anggaran saya tingginya hampir 15 kaki (4.57 meter) manakala lebar pulak kira-kira lapan kaki (2.4 meter)," katanya kepada Bernama di pesta itu hari ini.
Mohamad Hafifi Syauki berkata, pihaknya menggunakan 89 gulung jerami bagi membentuk kawasan 'berpagar' yang di dalamnya terdapat dangau dan beberapa lagi arca jerami lain antaranya berbentuk seperti anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melakukan sekatan jalan raya.
"Kelainan kita tampilkan ialah kita menggunakan konsep 'pagar sesat', jadi kalau kita menyusuri dalam 'Jerami Icon' ini sendiri, kita akan nampak seperti ada 'pagar sesat' tak ada jalan... di samping itu pengisian di dalam 'Jerami Icon' ada dangau yang dibina Persatuan Pelukis Negeri Perlis dengan kerjasama pihak MADA," katanya.
Beliau berkata, arca jerami yang terdapat di dalam kawasan dikelilingi gulungan jerami padi itu dibuat oleh enam agensi kerajaan di Perlis antaranya seperti Kolej Komuniti Arau, JPJ dan Jabatan Perhutanan negeri yang menyertai pertandingan membentuk arca itu.
"Kita berikan setiap agensi ini lima petak jerami padi untuk mereka membuat arca masing-masing," katanya dengan menambah pengunjung dewasa dikenakan bayaran RM1 manakala percuma bagi kanak-kanak berusia bawah enam tahun untuk memasuki kawasan itu.
Dalam pada itu, Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Bernama, Wan Norazween Wan Su berkata, Bernama juga tidak melepaskan peluang memeriahkan pesta tersebut dengan membuka reruai di situ di samping menjadi media rasmi bagi PAT 2023.
"Bernama mendapat jemputan kali pertama membuka 'booth' (reruai) di Pesta Angin Timur ini daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Di sini kita juga mengadakan Kempen Jom Kenali Bernama, kempen ini dilaksanakan sejak tahun lepas," katanya.
Wan Norazween berkata, pelaksanaan kempen itu di PAT 2023 juga menjurus kepada promosi digital aplikasi Bernama selain mendekati pengunjung melalui aktiviti santai seperti permainan dalam talian serta tekan butang 'suka' (like) dan 'ikuti' (follow) dan 'kongsi' (share) media sosial Bernama. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Perlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung. - Gambar Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
'Jerami Icon' burung hantu antara tarikan PAT 2023
Ruangan gulungan jerami disediakan pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda Perlis mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.