awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia

Luqman Hariz
Luqman Hariz
18/08/2016
12:13 MYT
Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia
Antara personaliti Astro yang memeriahkan pelancaran Kempen Derma Darah #KitaSama 2016. -Foto Astro AWANI
Astro sekali lagi melancarkan Kempen Derma Darah KitaSama sempena bulan kemerdekaan tahun ini.
Kempen tahun ini menerapkan elemen semangat dan perpaduan rakyat Malaysia untuk membantu satu sama lain, tanpa mengira bangsa, agama atau budaya.
Dengan tema #ididitforhumanity, kempen derma darah KitaSama dianjurkan sempena sambutan hari kebangsaan ke-59 tahun ini.
Ia menonjolkan ikatan rakyat Malaysia merentasi jurang etnik, budaya dan bahasa.
Kempen derma darah yang diadakan di Pusat Penyiaran Astro, Bukit Jalil, dimulakan dengan beberapa personaliti Astro serta selebriti.
Bagi pengulas sukan Astro Arena, Hasnizam Uzir, aktiviti menderma darah sudah menjadi rutin buat dirinya.
“Setiap empat atau enam bulan saya akan menderma darah, tidak kira di mana. Saya harap rakyat Malaysia akan terus menderma darah untuk memastikan mereka yang memerlukan sentiasa ada stok darah yang mencukupi,” kata Hasnizam.
Pengacara saluran Astro Vinmeen, Suresh berkata sambutan Hari Kebangsaan merupakan masa paling sesuai untuk rakyat menunjukkan semangat muhibah dalam membantu satu sama lain.
“Pada saya, ia adalah tanggungjawab semua orang, pada bulan merdeka ini, sebagai warganegara Malaysia, kita perlu membantu rakan-rakan kita di luar sana yang benar-benar memerlukannya.
”Saya merancang untuk melakukannya sebanyak yang boleh,” katanya.
Pengacara Astro AEC, Weon Kuan berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan turut serta menjayakan Kempen KitaSama tahun ini.
“Saya harap semua orang turut serta kerana kita semua rakyat Malaysia. Saya fikir ini adalah perkara yang indah yang boleh kita lakukan bersama-sama.
“Tidak kira apa jenis darah kita, kita semua adalah rakyat Malaysia,” katanya.
Kempen KitaSama berjaya menarik penyertaan hampir 4,000 rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat sejak mula dianjurkan pada 2014.
Kempen tahun ini menyasarkan lebih 2,000 penyertaan dari seluruh negara.
Ini bagi memastikan sasaran Bank Darah Kebangsaan untuk mempunyai 3,500 beg darah pada setiap masa berjaya direalisasikan.
Kempen KitaSama 2016 akan diadakan di enam negeri di seluruh negara sepanjang Ogos dan September 2016.
Kempen #KitaSama bakal melawat 7 destinasi di seluruh negara tahun ini.
Kempen #KitaSama bakal melawat 7 destinasi di seluruh negara tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my/negaraku.
Topic Berkaitan
##KitaSama
#Astro
#derma darah
#Kempen Derma Darah #KitaSama
#KitaSama
#Sambutan Kemerdekaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan