MERANCANG perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil.

Antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit ialah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan masa depan.

Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Sehubungan itu anda harus tahu mengurus wang anda dengan bijak seperti menentukan matlamat kewangan anda, menjejaki ke mana perginya wang, menilai tabiat berbelanja anda dan menulis perbelanjaan anda.

Dengan cara di atas, anda akan tahu kenapa kewangan anda bermasalah. Selain itu terdapat beberapa tanda atau simptom yang anda boleh tahu jika menghadapi masalah kewangan.


Simptom 1

Tidak dapat mengawal perbelanhaan iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.

Simptom 2

Hutang atau pinjaman melebihi daripada apa yang boleh anda uruskan.

Simptom 3

Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi.

Simptom 4

Tidak mampu membayar kos penyelenggaran rumah dan insuran atau 'road tax' kereta secara teratur.

Simptom 5

Melambatkan pembayaran segala bil atau kos penyewaaan.

Simptom 6

Tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.


Justeru, jika anda ada tanda-tanda begitu segera ubah cara perbelanjaan anda. Sediakan pelan perbelanjaan supaya membantu anda merancang kewangan dengan sempurna.

Sumber: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.

Artikel asal disiarkan di Keluarga.


** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!