Mungkin perilaku tersebut kita nampak janggal, terutama apabila mengetahui kucing merupakan haiwan karnivor.
Walaupun nampak anih, memakan rumput sebenarnya merupakan sesuatu yang baik untuk kucing.
1. Sebagai 'julap' semula jadi
Rumput mempunyai serat yang bermanfaat sebagai 'julap' semula jadi kepada kucing.
Pakar haiwan di Akademi Perubatan Haiwan, Anna Crooks berkata, memakan rumput dapat membantu kucing melancarkan fungsi saluran pencernaan.
Ia termasuk gumpalan bulu, cacing atau tulang yang dimakan kucing.
Berdasarkan kajian pada tahun 2019, rumput juga berkemampuan mengeluarkan parasit dari usus kucing.
2. Memudahkan proses muntah
Apabila memakan rumput, seringkali kucing dilihat akan memuntahkannya.
Wujud teori yang menyatakan rumput akan membantu kucing memuntahkan gumpalan bulu, tulang serta makanan yang tidak dapat dicerna.
3. Kekurangan asid folik
Buah pinggang dan hati mengandungi asid folik, termasuk rumput sebagai sumber.
Asid folik mampu membantu pertumbuhan, percenaan, sintesis DNA selain membantu menambah sel darah merah kucing.
Anak kucing yang kekurangan asid folik, wujud kemungkinan proses perkembangannya terbantut.
Kebanyakkan kucing mendapatkan asid folik melalui makanan, tetapi ada yang tidak sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami anemia.
4. Menikmati tekstur rumput
Antara sebab kucing memakan rumput kerana tekstur rumput itu sendiri.
Menurut Crooks, tekstur rumput adalah sesuatu yang disukai kucing untuk dikunyah.
Namun, ada beberapa jenis rumput, dedaun atau tumbuhan yang tidak sesuai dengan kucing antaranya:
- Bunga tulip
- Keladi bunting
- Azalea
- Lily
- Lidah Buaya
- Kayu Putih
- Philodendron