Pernahkah anda terfikir kenapa manusia perlukan tidur? Tidur adalah proses istirahat bagi semua hidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia.
Tidur membenarkan organ manusia berehat selepas melakukan pelbagai kerja di siang hari.
Oleh itu, manusia memerlukan waktu tidur secukupnya untuk mengembalikan stamina dan fungsi tubuh.
Rata-rata manusia menghabiskan 36 peratus waktu dalam hidupnya untuk tidur.
Dan, jika usia anda sekarang mencecah 21 tahun, maka anda telah menghabiskan hampir lapan tahun daripada riwayat anda hanya untuk tidur!
Haa, lama bukan?
Tapi jangan risau…sebab tidur sememangnya diperlukan oleh tubuh badan manusia terutamanya dalam proses tumbesaran dan pemulihan.
BACA: POV: Kenapa Manusia Perlu Tidur?
Tidur sangat bermanfaat untuk tubuh anda
Sebenarnya, dengan hanya tidur, anda telah memberikan peluang untuk tubuh memperbaiki dan mempersiapkan diri menjalani aktiviti pada keesokkan harinya.
Ya, tubuh anda akan menghasilkan hormon-hormon yang juga merupakan zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh seperti organ, sel dan kelenjar.
Hormon ini berfungsi untuk mengangkut sel-sel yang diperlukan ke seluruh anggota badan anda.
Dan, hormon ini juga berperanan mengawal fungsi tubuh serta memastikan metabolisme badan sentiasa dalam keadaan terkawal.
Antara hormon yang aktif semasa anda tidur adalah hormon pertumbuhan atau Human Growth Hormon (HGH).
Kewujudan hormon ini penting dalam menentukan pertumbuhan manusia terutamanya dalam proses tumbesaran kanak-kanak seperti perubahan tinggi badan, stamina, dan banyak lagi!
Malah, sewaktu anda tidur juga... tubuh anda akan melakukan proses detoksifikasi. Proses ini penting untuk mengeluarkan racun dan zat-zat yang sudah tidak diperlukan oleh tubuh.
Kebiasaannya, bahan-bahan nyah kuman ini berlaku di bahagian hati, hempedu, paru-paru dan sebahagian usus besar.
Dan sebab itu juga lah anda akan sentiasa rasa ingin buang air di pagi hari.
Apa akan jadi sekiranya anda tidak tidur?
Jika anda tidak tidur, sel-sel di dalam tubuh anda akan menjadi rosak dan tubuh anda tidak berupaya untuk bekerja dalam keadaan normal.
Lebih ekstrim, ia juga boleh menyebabkan kematian!
Eh, betul ke?
Ya, jika elak daripada tidur, otak anda akan menghasilkan banyak hormon dopamine iaitu sejenis hormon yang menyebabkan anda rasa lebih aktif.
Namun, ia hanya berfungsi sementara sahaja.
Oleh itu, bahagian otak anda akan mengalami gangguan dan melemah sehingga menjadi impulsif dan tidak mampu berfikir panjang untuk melakukan sesuatu dengan tepat.
Ia akan mengganggu keseimbangan glukosa dalam badan dan seterusnya membuatkan anda lesu serta pucat.
Lebih bahaya lagi, anda juga akan mudah jatuh sakit kerana sistem imun dalam badan semakin melemah.
Dan sekiranya keadaan ini akan berpanjangan, ia akan mempengaruhi emosi, kemampuan berfikir, dan memori anda!
Apa itu gangguan tidur?
Gangguan tidur boleh mengganggu fungsi mental dan emosi anda. Ia boleh mempengaruhi kerja, pembelajaran malah hubungan anda dengan orang lain.
Anda juga akan kerap merasa letih dan mengantuk di siang hari dan mudah marah.
Malah, anda juga sukar memberi perhatian sehingga cenderung melakukan kesalahan dan lebih berbahaya, terlibat dalam kemalangan.
Untuk pengetahuan, individu normal dewasa memerlukan kira-kira enam hingga lapan jam waktu tidur dan kanak-kanak memerlukan tidur yang lebih lama untuk proses tumbesaran.
Oleh itu, anda perlukan tidur yang secukupnya. Ini perkara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi gangguan tidur:
1. Menetapkan waktu tidur yang teratur
2. Urus tekanan anda dengan baik
3. Jangan merokok
4. Jangan ambil minuman berkafien terutamanya empat jam dari waktu tidur anda
5. Jangan tidur di siang hari
6. Jangan makan makanan berat sebelum tidur
Sekiranya anda masih mengalami gangguan tidur, maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan bantuan dan rawatan!
Afiq Ariffin
Sun Aug 09 2020
Sekiranya anda masih mengalami gangguan tidur, segera berjumpa dengan doktor. - Gambar screengrab youtube / RANCAK TV.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Kenapa Manusia Perlu Tidur?
Pernahkah anda terfikir kenapa manusia perlukan tidur? Tidur adalah proses istirahat bagi semua hidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia.