awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesan awal kanser usus penting untuk rawatan

Bernama
Bernama
10/09/2017
10:54 MYT
Kesan awal kanser usus penting untuk rawatan
Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan. - Gambar hiasan
Pengesanan awal kanser usus atau kolorektal penting bagi memastikan seseorang mampu mendapatkan rawatan atau nasihat kesihatan yang diperlukan.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata kanser ini dihadapi hampir 80 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas di negara ini.
Katanya kanser ini adalah yang utama dalam kalangan lelaki manakala kedua kalangan wanita selepas kanser payudara.
Dari segi kos rawatan, bagi peringkat pertama kanser itu memerlukan RM12,000 manakala RM30,000 bagi peringkat keempat, katanya.ketika merasmikan Kempen Kesedaran Kanser Usus Besar anjuran bersama Jabatan Pembedahan Am Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan Persatuan Surgeri Sandakan di sini, hari ini.
Kanser kolorektal adalah ketumbuhan malignan yang terdapat di usus besar dan ia boleh berlaku di sel-sel dinding usus besar atau pangkal usus besar.
Kanser kolorektal terjadi secara berperingkat sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Christina berkata kanser ini adalah sejenis kanser yang kerap berlaku di Malaysia dengan anggaran sebanyak 4,500 kes baharu direkodkan setiap tahun.
Katanya ia boleh dirawat jika dikesan awal tetapi kurangnya kesedaran, hanya 10 peratus kes dapat dikesan di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Christina Rundi
#kanser usus
#kesihatan
#rawatan
#Simptom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan