Kini Trending menyoroti cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-

#5 BLACKBERRY ALAMI KERUGIAN

Saham Blackberry merudum apabila pengeluar telefon pintar itu melaporkan kerugian sebanyak US$84 juta dalam tempoh suku pertama tahun pertama.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Blackberry Thorstein Heins menyatakan penghantaran telefon pintar baru terus meningkat namun enggan mendedahkan bilangan telefon pintar terbaru BB10 yang berjaya dijual dalam suku pertama.

Tambahnya, syarikat akan menambah pelaburan bagi menyokong pelancaran produk dan perkhidmatan baru untuk tempoh tiga suku akan datang.


#4 FILEM PENDEK SNOWDEN

Empat orang pengarah amatur di Hong Kong telah mendahului Hollywood dengan menghasilkan sebuah filem pendek bedasarkan kisah benar, Edward Snowden.

Filem berkenaan mengisahkan Snowden yang meninggalkan pekerjaannya sebagai pakar teknologi di pusat keselamatan kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) demi mendedahkan rahsia kerajaan.

Filem pendek itu juga telah mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat seluruh dunia menerusi tindakkan beraninya itu.


#3 PERATURAN BARU LINDUNGI PENGGUNA

Bermula 1 Julai, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan dikuat kuasa iaitu Perlindungan Pengguna Urus Niaga Perdagangan Elektronik 2012.

Ia sekaligus membolehkan para pengguna membuat pembelian dalam talian lebih terlindung berbanding sebelum ini.

Peniaga perlu memastikan pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahuinya dengan mudah.

Antara informasi yang perlu dipaparkan adalah termasuk:

p1
p2

#2 #TRW TUMPASKAN #JDT

Puluhan ribu penyokong Kelantan semalam bersorak gembira setelah pasukan The Red Warriors berjaya mempertahankan piala FA mengatasi Johor Darul Takzim.

Saingan edisi ke-23 di stadim di Stadium Nasional Bukit Jalil itu berlansung meriah dengan disaksikan hampir 90 ribu penyokong dari kedua-dua pasukan.

THe Red Warriors menjadi pasukan ketiga memenangi kejuaraan ini dua kali berturut-turut selepas Kuala Lumpur dan Kedah.


#1 MENARIK DI PLANET GEMPAK 2013

Planet Gempak Astro yang diadakan di Batu Kawan, Pulau Pinang bukan sahaja dengan tujuan menghiburkan pengunjung malah ia juga merupakan platfom mencari bakat-bakat baru.

Hari ini, siri rancangan Adrenalin yang mengadakan pertandingan ‘mini ramp’ mempamerkan aksi sukan berbasikal B.M.X bagi merebut gelaran juara.

Juara pertandingan tersebut akan berentap sekali lagi di pusingan final setelah Planet Gempak Astro mengakhiri acara di keempat-empat lakasi ditetapkan.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.