MUNGKIN bukan lagi satu fakta baharu, tapi ia suatu trivia yang menarik -- reka bentuk huruf atau font Comic Sans adalah yang paling tidak disukai ramai.
Malah Vincent Connare, pereka Comic Sans, hanya pernah menggunakan font tersebut sekali sahaja.
"Saya menggunakan font berkenaan ketika menulis surat rungutan berkaitan sambungan internet," kata Connare dalam satu temu bual beberapa tahun lepas.
Sejak kewujudannya pada tahun 1994, font itu mengumpul ramai haters, malah mempunyai kelab anti-peminatnya sendiri.
Pengasas kumpulan yang dikenali sebagai Ban Comic Sans itu menyifatkan font tersebut sebagai "gangguan terhadap tipografi."
Pereka grafik Yoonjai Choi, yang mengajar kursus tipografi di Universiti Columbia, percaya jawapan kepada persoalan mengapa ia tidak disukai lebih kompleks daripada yang difikirkan.
"Saya selalu mempertahankannya di hadapan para pelajar.
"Font itu tidak sepatutnya diambil serius. Malah namanya juga Comic Sans. Anda tahu ia bukan jenis huruf yang perlu diambil serius," kata Choi.
Salah satu sebab mengapa Comic Sans dianggap menjengkelkan dan tidak sesuai digunakan dalam dokumen rasmi ialah kerana bentuknya yang tidak seimbang. Ini sekali gus memberi rasa tidak selesa kepada mereka yang membacanya.
Namun bagi penghidap disleksia, situasinya berbeza.
Huruf yang tidak teratur dan tidak seimbang sebenarnya memudahkan pembacaan, kerana karakternya lebih mudah dibezakan.
Hari ini, dapat dilihat banyak pertubuhan disleksia menyenaraikan Comic Sans sebagai font yang disyorkan.
Jadi terbuktilah, perkara paling dibenci sekalipun, sebenarnya ada kegunaannya.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Dec 12 2020
Vincent Connare, pereka Comic Sans, pernah menggunakan font ini sekali sahaja.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Kisah 'font' Comic Sans yang dibenci ramai
Vincent Connare, pereka Comic Sans, hanya pernah menggunakan font tersebut sekali sahaja.