Salah satu contoh adalah seperti yang dipamerkan sebuah keluarga berketurunan Melayu ini. Seorang pengguna Facebook dengan nama Mary Anni mengklasifikasikan bagaimana ibunya merupakan contoh terbaik warga Malaysia sebenar.
Dalam satu status yang dimuat naik 16 September lalu, Mary Anni menceritakan ibunya merupakan seorang pengasuh dan antara kanak-kanak yang pernah diasuh dan dijaga ibunya adalah Abu dan Hassan.
Abu dan Hassan merupakan kanak-kanak berbangsa Cina namun dinamakan demikian oleh ibunya kerana ia lebih mudah diingati.
Status Mary Anni di Facebook.
Ibunya, kata Mary Anni, melayan Abu dan Hassan seperti anak sendiri, malah kedua-duanya memanggil ibunya dengan panggilan emak.
Malah sudah menjadi kebiasaan bagi Abu dan Hassan untuk bermalam di rumah mereka di malam Raya, bermain bunga api dan menunggu kedatangan Hari Raya pada keesokan harinya.
Bersama status itu, Mary Anni turut memuat naik sekeping foto ibunya bersama Abu dan Hassan.
Status berkenaan menerima lebih 6,000 likes dan lebih 1,000 perkongsian.