Pengumuman bahawa syarikat fesyen, Hennes & Mauritz (H&M) bakal melancarkan koleksi pakaian, dengan kolaborasi pengasas Facebook, Mark Zuckerberg nyata menarik perhatian pelanggannya.

Perkara itu diumumkan menerusi laman web markforhnm.com pada 1 April.

Mereka mendedahkan pek koleksi kolaborasi itu, yang terdiri dari tujuh baju-T berwarna kelabu dan sepasang seluar jeans.

Bukan itu sahaja, logo khas kolaborasi itu turut dilancarkan iaitu Mark Zuckerberg x H&M.

Koleksi Mark Zuckerberg x H&M


Koleksi Mark Zuckerberg x H&M

Menurut web itu, pakaian itu dilancarkan mengikut gaya fesyen harian Zuckerberg yang sering memakai baju-T dan seluar jeans yang sama.





Bagaimanapun, ia kemudian disahkan sebagai satu gurauan oleh H&M di media sosial.


Memetik laporan media antarabangsa, seorang jurucakap H&M berkata, mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan laman web tersebut.

“Kami juga sedar bahawa hari ini adalah 1 April.

"Kami juga telah menghubungi Facebook dan alamat kenalan di laman web ini, kami akan memaklumkan jika ada maklumat berkenaan perkara ini," kata jurucakap itu.

Jadi siapa di sebalik gurauan ini? Mereka masih tidak pasti.

Namun, rata-rata netizen berharap koleksi pakaian Zuckerberg x H&M akan menjadi kenyataan kerana kolaborasi itu agak menarik.

Hashtag #MarkforHM turut dilancarkan di laman Twitter.