Landasan kereta api dipercayai dibina pada zaman penjajah Inggeris sepanjang kira-kira dua kilometer ditemukan di Bukit Seraya, di sini.
Pengerusi Persatuan Pelancongan Dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Sahabat) Syed Kamalrul Sufian Syed Kadiron Mustafa berkata, penelitian awal pihaknya mendapati landasan itu dipercayai dibina sekitar 1915 oleh pihak Inggeris.
"Kereta api ini dipercayai digunakan untuk aktiviti melombong bijih besi di puncak Bukit Seraya.
"Kajian lebih terperinci perlu dilakukan kerana kesan landasan ini masih jelas kelihatan kecuali di bahagian bawah bukit, banyak rel besi telah hilang dipercayai dicuri," katanya kepada pemberita di sini.
Menurut beliau semasa Perang Dunia Kedua (1940-45), kawasan berkenaan dikatakan telah diserang oleh tentera Jepun hingga menyebabkan landasan kereta api berkenaan tertimbus di dalam bukit akibat dibom.
Syed Kamalrul Sufian berkata, kawasan itu kemudiannya menjadi lokasi persembunyian Komunis yang dibuktikan dengan penemuan terowong yang dipercayai dibina untuk dijadikan tempat perlindungan di puncak bukit itu.
Sementara itu, Ketua Unit Warisan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ahmad Nasyaruddin Ismail berkata tapak itu perlu diteroka bagi mengesan lebih banyak artifak berharga.
"Setakat ini kami menemui beberapa artifak seperti elemen skru lama, komponen lokomotif yang telah terlerai dan serpihan rel kereta api yang kebanyakannya tertanam di dalam tanah.
"Menurut cerita penduduk di sekitar kawasan ini, pada 1980an terdapat (rangka) lokomotif di kaki bukit ini, namun ia dipercayai telah dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Ahmad Nasyaruddin berkata, pihaknya juga menemui serpihan bijih besi, menguatkan dakwaan bahawa berlaku aktiviti perlombongan galian itu di situ.
Bernama
Sun Jan 10 2016
Tinjauan dilakukan di Bukit Seraya untuk menjejak kewujudan landasan kereta api yang telah dibina satu abad lalu oleh Inggeris. - Foto Bernama
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Mesyuarat khas WEF: Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.
10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024
Kementerian Kewangan menerima 10,000 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita 25 motosikal dan mengeluarkan 115 saman dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Bukit Mertajam, malam tadi.
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
Gudang diserbu, KDN rampas alat permainan seks RM1.1 juta
KDN menyerbu gudang penyimpanan alat permainan seks di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merampas pelbagai alat permainan berkenaan berjumlah RM1.1 juta.
Lebih 1,900 al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas di Bukit Mertajam
Kitab-kitab suci yang dirampas itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris.
Warga emas buntu rumah rosak jiran didakwa bina rumah terlalu hampir
Katanya, rumah yang masih dalam pembinaan itu mengganggu struktur rumahnya dan dia kini semakin bimbang dengan keselamatan dirinya.