GAYA HIDUP
Langkawi mampu capai 3.5 juta pengunjung menjelang akhir tahun - LADA

Pantai Talam Dua Muka. - Foto LADA
LANGKAWI: Destinasi ikonik pelancongan negara terus mencatat perkembangan positif apabila rekod kemasukan pengunjung ke Langkawi mencecah lebih 2 juta orang sehingga Ogos 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.64 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Ringkasan AI
- Rekod kemasukan pengunjung ke Langkawi mencecah lebih 2 juta orang sehingga Ogos 2025 menunjukkan peningkatan sebanyak 2.64 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
- Keyakinan terhadap industri pelancongan semakin kukuh dengan sasaran 3.5 juta pelancong menjelang hujung tahun ini.
- Sepanjang September sahaja, pelbagai acara dianjurkan bagi merancakkan lagi kedatangan pelancong.
Dengan prestasi semasa, ditambah sokongan pelbagai acara dan kempen promosi, kami yakin sasaran 3.5 juta itu mampu dicapai,” katanya.
Sepanjang September sahaja, pelbagai acara dianjurkan bagi merancakkan lagi kedatangan pelancong. Antaranya All Star Influencer Award (ASIA) 2025, yang menghimpunkan 80 pencipta kandungan dari 20 negara Asia.

Pulau Tuba antara destinasi yang harus dilawati pelancong. - Foto LADA
Sebanyak 20 orang pencipta kandungan antarabangsa menetap selama satu minggu di sini mulai 14 hingga 20 September, menjadikan platform digital sebagai medium penting dalam mempromosi pesona pulau ini menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Selain itu, 3rd Langkawi Goodwill Games Open International for the Disabled 2025 (3-Aside) melibatkan tujuh negara, serta Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan ke-24 yang menghimpunkan 2,220 peserta dari 12 negeri turut berlangsung serentak bulan ini.
Bagi menambah daya tarikan, LADA turut memperkenalkan Langkawi Special Deals (LSD) dengan kerjasama Malaysia Aviation Group (MAG).

Eagle’s Nest Skywalk menjanjikan pengalaman bermakna, sesuai untuk mereka yang datang bersama keluarga atau rakan-rakan. - Foto LADA
Kempen ini menawarkan diskaun sehingga 70% untuk produk pelancongan terpilih termasuk hotel, pengangkutan, makanan dan minuman (F&B) dan banyak lagi.
Melalui platform MHholidays dan Journify, pengunjung boleh menikmati pakej Flight + Hotel dengan penjimatan sehingga RM400, selain rebat tambahan RM30 untuk aktiviti di pulau ini.
Kerjasama bersama KLOOK pula membolehkan pelancong mendapatkan diskaun 15% bagi tempahan aktiviti.
Menurut LADA, data daripada agensi kerajaan dan pemain industri menunjukkan trend positif, malah tarikan utama seperti Langkawi Skycab turut merekodkan peningkatan lebih 16 peratus sepanjang September.

Lutung dianggap sebagai sebahagian ciri menarik daripada kepelbagaian biologi di pulau Langkawi. - Foto LADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami