awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dinasihati jalani pemeriksaan kanser payu dara

Bernama
Bernama
20/10/2018
08:40 MYT
Lelaki dinasihati jalani pemeriksaan kanser payu dara
Dr Mohamed Nadhar Khan (empat, kiri) bergambar bersama pesakit kanser payudara Sungai Petani pada Majlis Bulan Kesedaran Kanser Payudara di Mydin Sungai Petani hari ini. - Foto BERNAMA
Golongan lelaki di negara ini dinasihati agar menjalani pemeriksaan kanser payu dara sekiranya ada perubahan pada bahagian itu terutamanya dalam bentuk ketulan.
Ketua Jabatan Bedah Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH) Dr Rashide Yaacob berkata beliau sendiri pernah merawat empat lelaki yang menghidap penyakit itu dengan yang terbaharu pada tahun lepas melibatkan warga emas berusia lingkungan 70-an.
"Daripada empat yang saya pernah rawat ini, hanya seorang meninggal dunia sebab menolak untuk menjalani rawatan lanjut dan membuat pembedahan," katanya kepada Bernama selepas perasmian Pin Oktober Bulan Kesedaran Kanser Payu Dara, di sini hari ini.
Mengenai kes serupa dalam kalangan wanita pula, Dr Rashide berkata tahap kesedaran dalam kalangan kaum itu semakin meningkat dengan ramai yang menjalani pemeriksaan awal.
"Untuk wanita umur bawah 35 tahun sahaja, statistik di HSAH mencatatkan seramai 24 pesakit kanser payu dara pada 2016, kemudian (turun kepada) 23 orang pada tahun lepas, manakala setakat September tahun ini telah menunjukkan seramai 27 orang dikesan mendapat kanser payu dara," katanya.
Beliau berkata jika kanser itu dikesan dari awal, peluang survival adalah tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sultan Abdul Halim Shah
#HSAH
#kanser payu dara
#lelaki
#Rashide Yaacob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan