WALAUPUN kini sudah bergelar Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa sebagai Mat Sabu tetap tidak berubah.

Personalitinya yang merendah diri dan mesra amat disenangi semua lapisan masyarakat.

Terbaharu melalui laman Twitter rasminya, Mat Sabu memuat naik beberapa gambar beliau teruja menemui warga Singapura di kedai mamak tempatan.

Melalui gambar yang dimuat naik, beliau kelihatan sibuk berjabat tangan dan berbual-bual dengan pengunjung di kedai mamak di sana.

Beliau turut menzahirkan rasa gembira untuk bertemu dengan warga Singapura di sana.

“Disapa oleh warga Singapura di kedai mamak tempatan. Sentiasa gembira untuk bertemu dengan anda semua!” katanya.



Terdahulu, Mat Sabu berada di Singapura sejak 18 Oktober bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-12 dan ADMM-Plus ke-5 yang dihoskan Singapura selama dua hari mulai 19 Oktober.