awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKP: Lepak dan bergaduh, 14 individu didenda, dipenjara

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
02/04/2020
06:53 MYT
Ingkar PKP: Lepak dan bergaduh, 14 individu didenda, dipenjara
Sebahagian daripada 14 individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Baling hari ini akibat melanggar PKP pada 29 dan 30 Mac lalu. - Astro AWANI
Sengaja keluar rumah untuk melepak di dalam pondok dan kemudiannya bergaduh.
Akibatnya, seramai 14 individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bergaduh pada 29 Mac lalu.
Kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah, termasuk empat individu yang bergaduh, selepas pendakwaan dibacakan jurubahasa secara berasingan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh berusia antara 20-an dan 44 tahun didakwa ingkar PKP apabila ditahan di kawasan Pondok Kampung Banggol Berangan dan Taman Bersatu Baling, sekitar jam 11.15 malam 29 Mac dan 1 pagi 30 Mac lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli.
Sebahagian daripada 14 individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Baling hari ini akibat melanggar PKP pada 29 dan 30 Mac lalu. - Astro AWANI
Sebahagian daripada 14 individu yang dibawa ke Mahkamah Majistret Baling hari ini akibat melanggar PKP pada 29 dan 30 Mac lalu. - Astro AWANI
Mohd Izmi kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas 10 tertuduh. Jika gagal membayar denda, mereka dihukum penjara dua bulan.
Sementara itu, empat tertuduh lagi didakwa melakukan dua kesalahan ingkar perintah PKP dan bergaduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Mereka mengaku bersalah dan faham pertuduhan yang dibacakan secara berasingan.
Mohd Izmi menjatuhkan hukuman denda RM2,000 ke atas empat tertuduh. Jika gagal membayar denda, mereka akan dijatuhi hukuman penjara dua bulan.
Topic Berkaitan
#Baling
#gaduh
#ingkar PKP
#langgar PKP
#lepak
#mengaku bersalah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Pondok Kampung Banggol Berangan
#Taman Bersatu Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan