awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Arab Saudi, Indonesia meterai perjanjian bernilai AS$27 bilion, fokus tenaga bersih dan petrokimia
MALAYSIA
Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari
BISNES
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GAYA HIDUP

Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian

Agensi
Agensi
13/02/2022
07:06 MYT
Malaysia di tempat ketiga dalam senarai ketagihan telefon pintar - Kajian
Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Arab Saudi.
SATU kajian mendedahkan negara yang mempunyai kadar ketagihan telefon pintar tertinggi di dunia.
Penyelidik di Universiti McGill, Kanada, menggunakan data penggunaan telefon pintar antara 2014 dan 2020 daripada hampir 34,000 peserta di seluruh dunia.
Malaysia berada di tempat ketiga di belakang China dan Arab Saudi, manakala Jerman dan Perancis mempunyai kadar ketagihan paling rendah.
Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Computers in Human Behavior.
"Kami menjalankan meta-analisis penggunaan telefon pintar yang bermasalah, memberi tumpuan kepada golongan belia.
"Penggunaan telefon pintar bermasalah meningkat di seluruh dunia antara 2014 dan 2020, dan kami menjangkakan trend ini akan berterusan," tulis pasukan itu dalam kertas laporan kajian mereka.
Senarai negara dengan kadar ketagihan tertinggi.
Senarai negara dengan kadar ketagihan tertinggi.
Peserta kajian berumur 15 hingga 35 tahun, dengan purata umur keseluruhan adalah 28.8 tahun, dan kebanyakan peserta adalah wanita (60 peratus).
Tambah mereka, masalah ketagihan dalam penggunaan telefon pintar yang semakin meningkat itu boleh membawa kesan psikologi.
Mereka berharap keputusan itu akan membantu penyelidik dan pembuat dasar dalam mengukur serta meramalkan masalah penggunaan telefon pintar, dan cara menanganinya dengan berkesan.
Topic Berkaitan
#telefon pintar
#Malaysia
#ketagihan
#Universiti McGill
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami