QUEENSTOWN di New Zealand dan Malaysia muncul pemenang di anugerah pelancongan World Travel Awards Asia and Australasia, selepas diumumkan destinasi terbaik bagi rantau masing-masing.

Pemimpin industri berkumpul di InterContinental Danang Sun Peninsula Resort di Vietnam hujung minggu lalu bagi memberikan pengiktirafan itu kepada destinasi terbaik Asia dan Australasia.

Pemenang diundi oleh pengamal industri dari sektor pelancongan yang terdiri dari eksekutif kanan, operator pelancongan, agen-agen pelancongan dan orang ramai.

Bagi kategori penerbangan, syarikat dari China, Penerbangan Hainan muncul pemenang, manakala Air New Zealand mengatasi Qantas dan Virgin Australia bagi mengungguli kategori Australasia.

Malaysia dinamakan destinasi terbaik Asia mengatasi Macau, Singapura dan Thailand, manakala bandar tepi laut Queenstown di New Zealand destinasi terbaik Australasia.

Pemenang kategori serantau itu akan melayakkan untuk dicalon pada anugerah World Travel Awards yang bakal berlangsung di Maldives.

Berikut adalah senarai pemenang dalam beberapa kategori lain:

Asia
Asia's leading beach destination: Philippines
Leading boutique hotel: The Sarojin, Thailand
Leading city break destination: Hong Kong
Leading hotel brand: InterContinental Hotels & Resorts
Leading luxury hotel: The Peninsula Hong Kong
Leading hotel: The Oberoi Udaivilas, India
Leading new resort: Studio City Macau
Leading resort: Four Seasons Resort Bali at Sayan, Indonesia

Australasia
Leading hotel: The Hotel Windsor, Melbourne, Australia
Leading resort: Pacific Resort Aitutaki, Cook Islands
Leading romantic resort: The Remote Resort, Fiji Islands
Leading boutique hotel: Gaia Retreat & Spa, Australia