awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tawarkan keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik, kata ekspatriat

Bernama
Bernama
11/10/2016
06:04 MYT
Malaysia tawarkan keseimbangan hidup dan kerja yang lebih baik, kata ekspatriat
Ekspatriat mendapati adalah lebih mudah untuk berpindah ke Malaysia. - Gambar fail
Kira-kira 78 peratus daripada ekspatriat berpendapat bahawa Malaysia menawarkan kerja serta kehidupan yang seimbang, budaya yang mesra dan kos pembesaran kanak-kanak yang lebih rendah, menurut laporan HSBC Expat Explorer.
HSBC Bank Malaysia Bhd dalam satu kenyataan, berkata angka itu adalah lebih tinggi daripada purata ekspatriat di seluruh Asia-Pasifik iaitu sebanyak 72 peratus, tetapi ia jauh lebih baik daripada ekonomi baru muncul yang lain seperti Filipina, di mana hanya 59 peratus ekspatriat berpendapat keseimbangan kerja dan kehidupan mereka mereka terus kekal sama atau menjadi lebih baik.
Dalam edisi kesembilan kaji selidik yang dibuat secara tahunan tersebut, hampir 27,000 ekspatriat dari 190 negara berkongsi idea dan pengalaman hidup mereka melalui laporan 2016 Expat Explorer yang bertajuk 'Achieving Ambitions Abroad'.
Menurutnya lagi, lebih 35 peratus daripada ekspatriat di Malaysia berpendapat kos keseluruhan bagi membesarkan kanak-kanak adalah lebih murah berbanding di negara asal mereka, ini jauh lebih baik berbanding purata global iaitu sebanyak 19 peratus dan purata di seluruh Asia-Pasifik iaitu sebanyaki 22 peratus.
"Ekspatriat mendapati adalah lebih mudah untuk berpindah ke Malaysia. Hampir 66 peratus mengatakan usaha mencari penginapan adalah amat mudah, lebih baik berbanding purata global iaitu sebanyak 46 peratus.
"Lebih daripada 52 peratus berkata penjagaan kesihatan Malaysia adalah yang terbaik, melebihi purata 50 peratus ekspatriat di seluruh Asia Pasifik," katanya.
Topic Berkaitan
#dunia kerjaya
#Ekspatriat
#gaya hidup
#keseimbangan hidup
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan