Masih kurang kesedaran mengenai ‘menopause’ dalam kalangan lelaki - Doktor

Sejak 2020 hampir 15 sehingga 20 peratus pesakit dewasa telah hadir ke kliniknya untuk mendapatkan suntikan TRT, kata Dr Subbiah. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Ramai golongan lelaki di Malaysia kurang kesedaran mengenai masalah andropause atau penurunan hormon testosteron secara perlahan-lahan dalam diri mereka.
Ringkasan AI
- Golongan lelaki di Malaysia kurang kesedaran mengenai andropause yang menyebabkan penurunan hormon testosteron, menimbulkan tanda-tanda seperti perubahan emosi, kualiti kerja menurun, dan masalah seksual.
- Faktor kesihatan dan gaya hidup tidak sihat, termasuk penyakit kronik, merokok, stres, kurang tidur, dan pemakanan tidak seimbang turut menyumbang kepada masalah andropause serta kualiti sperma lelaki.
- Rawatan andropause termasuk suntikan Testosterone Replacement Therapy (TRT) yang popular di Malaysia, tetapi hanya sesuai bagi individu yang memenuhi syarat tertentu dan kesan positif termasuk tenaga meningkat, fokus lebih baik, dan prestasi seksual yang lebih baik.
Tambahnya, faktor kesihatan seperti penyakit kronik juga menyumbang kepada masalah andropause dan akhirnya ia turut menjejaskan kualiti sperma lelaki.
Menurut Dr Subbiah, selain daripada masalah andropause, ia juga berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan tidak menjaga pemakanan yang berkualiti.
“Ramai lelaki datang dengan kualiti sperma semakin menurun akibat gaya hidup, stres, kurang tidur dan pemakanan yang tidak sihat,” katanya.
Setiap penyakit ada penawarnya
Menurut Dr Subbiah, rawatan seperti suntikan Testosterone Replacement Therapy (TRT) yang telah digunakan sejak 50-an dan kini semakin popular di Malaysia dalam tempoh tiga hingga lima tahun kebelakangan ini.
Namun tegasnya, suntikan ini hanyalah bagi pesakit yang layak iaitu mereka yang tidak merancang untuk mendapat zuriat dalam masa terdekat, tidak mempunyai paras kolesterol atau trigliserida yang terlalu tinggi, bebas daripada risiko kanser prostat serta tidak mengalami masalah darah terlalu pekat.
“Kesan TRT biasanya positif.. tenaga meningkat, fokus lebih baik, dan prestasi seksual bertambah baik,” katanya.
Menurutnya, sejak 2020 hampir 15 sehingga 20 peratus pesakit dewasa telah hadir ke kliniknya untuk mendapatkan suntikan TRT.
Selain TRT, beliau turut mengutamakan rawatan pemulihan gaya hidup terlebih dahulu agar pesakit tidak hanya bergantung kepada suntikan semata-mata.
Kebanyakan pesakit akan melalui rawatan kecergasan memastikan otot dan saraf dalam tubuh mereka dapat berfungsi dengan penuh tenaga.

Menurut Dr Subbiah Menurutnya, sejak 2020 hampir 15 sehingga 20 peratus pesakit dewasa telah hadir ke kliniknya untuk mendapatkan suntikan TRT. - Foto Astro AWANI
Beliau turut memberi amaran mengenai sesetengah golongan dewasa memilih ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dr Subbiah menekankan bahawa ubat dan jamu yang tidak diluluskan oleh KKM kebanyakannya mengandungi sildenafil murah.
“Kesan sampingan boleh menjejaskan buah pinggang, menyebabkan sakit kepala atau jantung berdebar,” katanya lagi.
Pada 2023, ujian analisis sperma Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) mendedahkan sebanyak 60 peratus keputusan adalah tidak normal.
Jumlah kelahiran di Malaysia mencatatkan rekod terendah pada 2024 apabila hanya 414,918 bayi dilahirkan, menurun sembilan peratus berbanding 2023 iaitu 455,761 bayi.
Pada masa sama, masalah kesuburan lelaki kini dilihat bakal menjejaskan pertumbuhan penduduk sehingga menimbulkan persoalan besar sama ada sasaran populasi 42.83 juta menjelang 2059 benar-benar mampu dicapai.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


