awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan

Bernama
Bernama
11/05/2024
09:02 MYT
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Melaka dengan kerjasama Persatuan Superbikers Malaysia akan menganjurkan Malaysia Bike Week yang bakal menghimpunkan ribuan peminat dan pemilik motosikal pelbagai kategori termasuk berkuasa tinggi di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini bulan depan.
Ketua Menteri Melaka Datuk Ab Rauf Yusoh berkata program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih, termasuk motosikal milik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Beliau berkata Malaysia Bike Week merupakan acara berprestij yang akan menarik kehadiran pemilik dan peminat motosikal dari dalam dan luar negara untuk melihat secara dekat pelbagai jenis motosikal.
"Pelbagai aktiviti menarik diatur sepanjang tiga hari festival Malaysia Bike Week ini, termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta Proton X70," katanya kepada pemberita di Litar Motor Antarabangsa Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Melaka International Motorfest and Scooterfest yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.
Ab Rauf berkata Malaysia Bike Week itu juga akan menjadi salah satu program berskala besar yang mempu menarik kedatangan ramai pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Terdahulu beliau berkata program dua hari Melaka International Motorfest and Scooterfest yang bermula hari ini dijangka menghimpunkan lebih 10,000 pemilik dan peminat motosikal tempatan dari dalam dan luar Melaka serta dari luar negara seperti Singapura, Thailand dan Filipina.
Beliau berkata Melaka International Motorfest and Scooterfest akan menjadi salah satu acara tahunan di Melaka yang bukan sahaja untuk menggamit kedatangan pelancong, malah menyediakan platform bagi pemilik dan peminat motosikal khususnya golongan belia untuk beraksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Melaka
#Malaysia Bike Week
#peminat motosikal
#MITC
#pameran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan