SEKTOR perhotelan dan pelancongan di seluruh negara antara yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19.

Susulan pengumuman perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan sekatan rentas negeri ditamatkan hari ini, sektor ini kembali mendapat perhatian.

Walaupun pemain industri sudah memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu pelancongan yang akan diterapkan, pasti ada yang masih bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.

Namun, kebenaran yang diberi itu semestinya bersandar kepada kepatuhan SOP dalam normal baharu sektor pelancongan.

Ini tujuh perkara yang anda boleh jangkakan ketika melancong dalam fasa normal baharu:


1) Kerja-kerja pembersihan pada tahap optimum

Pakar pelancongan memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi akan ditingkatkan dalam kehidupan normal baharu.

Ini termasuk proses pembasmian kuman yang kerap terhadap permukaan yang disentuh menggunakan produk sanitasi yang bersesuaian dan penggunaan teknologi bagi proses sanitasi yang baharu.

Ini termasuk proses pembasmian kuman yang kerap terhadap permukaan yang disentuh, menggunakan produk sanitasi yang bersesuaian dan penggunaan teknologi bagi proses sanitasi yang baharu.

Anda juga boleh menjangkakan penggunaan produk pakai buang yang lebih mesra alam seperti tisu tandas, botol minuman.

Cecair pembasmi kuman juga disediakan di setiap ruang.


2) Proses daftar masuk tanpa sentuh

Dalam kehidupan normal baharu ini, cara berinteraksi juga berubah. Ini termasuk proses pendaftaran masuk sesebuah hotel di mana kebanyakan hotel akan menggunakan kaedah tanpa sentuhan.

Teknologi yang kian berkembang kini memainkan peranan penting bagi melancarkan segala proses yang perlu dilakukan ketika melancong.


3) Penggunaan pelitup muka dan saringan suhu

Bagi mengelakkan berlakunya penularan COVID-19, semua pekerja pelancongan akan menggunakan pelitup hidung dan mulut.

Arahan ini juga akan diguna pakai bagi pelancong.

Begitu juga dengan proses saringan suhu.

Bagi mengelakkan berlakunya penularan COVID-19, semua pekerja pelancongan akan menggunakan pelitup hidung dan mulut. Ia juga mungkin akan digunapakai bagi pelancong.

4) Perubahan ruang

Seterusnya, anda boleh menjangkakan jumlah bilik akan dikurangkan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Begitu juga bagi tempoh penginapan yang mungkin akan dihadkan bagi memastikan keuntungan sektor ini dapat ditingkatkan semula.

Ruang di lobi dan ruangan lain di dalam sesebuah hotel juga mungkin akan berubah bagi mengelakkan orang ramai berhimpun dalam satu-satu masa.


5) Tiada lagi ‘buffet’

Kemungkinan tiada lagi hidangan makanan secara 'buffet'.

Malah permintaan makan di dalam bilik dijangka akan mendapat perhatian dalam tempoh normal baharu ini.

Kemungkinan tiada lagi hidangan makanan secara 'buffet'.

6) Tempahan untuk kemudahan hotel

Jika sebelum ini anda dapat menikmati kemudahan seperti gelanggang tenis, gimnasium dan sebagainya tanpa perlu melakukan tempahan, kini dalam fasa normal baharu anda dijangka perlu melakukan tempahan lebih awal.

Ia bagi membolehkan pihak hotel melakukan proses pembersihan sebelum dan selepas digunakan.


7) Pakej dan program baharu

Dalam fasa normal baharu ini, pemain industri kini perlu meyakinkan para pelancong bahawa mereka menyediakan kemudahan yang bersih dan selamat.

Justeru, beberapa pakej dan program baharu dijangka akan dipromosikan bagi meyakinkan para pelancong untuk memilih kemudahan mereka.