LIFESTYLE
Menakjubkan, rangka kuda lebih 2 ribu tahun ditemui

Kesemua kuda-kuda tersebut dipercayai mati akibat letusan gunung berapi Vesuvius. Sumber: Cesare Abbate/ANSA
Sekumpulan pakar arkeologi menemui berjaya menemui rangka seekor kuda purba di kota kuno Pompeii di Itali.
Rangka kuda tersebut didakwa berusia dua ribu tahun dan antara korban sewaktu gunung berapi Vesuvius meletus pada tahun 79 selepas Masihi.
Ketika rangka kuda itu ditemui, ahli arkelologi turut menemui dua lagi rangka manusia berada pada jarak kedudukan berhampiran.
Kesemua rangka ditemui selepas proses penggalian dilakukan dalam sebuah villa purba di pinggir bandar Pompeii.
Osanna berkata beberapa lagi rangka kuda lain turut ditemukan di kawasan berhampiran.
Kesemua kuda-kuda tersebut dipercayai mati akibat letusan gunung berapi Vesuvius dan abu gunung berapi dikatakan sebagai punca utama kematian kesemua kuda-kuda tersebut.
Proses penggalian sehingga kini masih diteruskan dan pasukan arkeologi ini berharap akan menemui lebih banyak lagi penemuan bersejarah daripada era sama.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami