DESARU: Earth Hour merupakan gerakan global yang diadakan setiap tahun pada hari Sabtu terakhir bulan Mac.

Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup lestari dan mempromosikan kesedaran tentang perubahan iklim.

Setiap tahun, ribuan orang di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Sambutan Earth Hour dengan mematikan lampu selama satu jam pada pukul 8.30 malam.

Pastinya banyak aktiviti dijalankan ketika berada dalam kegelapan malam dengan bilangan lampu yang minimum (kerana hanya lampu yang kurang penting dimatikan tidak termasuk lampu keselamatan) antaranya permainan muzik akustik, perkongsian pengalaman serta sesi duduk bersama sambil makan malam.

Bagaimana menjadikan Earth Hour lebih bermakna?

Kalau setakat tutup suis lampu selama sejam, sekali dalam tempoh setahun, pastinya ia tidak membawa impak yang signifikan ke atas alam sekitar.

Akan tetapi, terdapat tiga tindakan yang dilihat mampu menjadikan sambutan ini lebih bermakna.

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti tindakan paling mudah yang memberi impak besar.

Contohnya, pengurangan plastik sekali guna atau mengamalkan penggunaan kenderaan yang lebih efisien dari segi penggunaan bahan api.

Seperti di Hard Rock Hotel Desaru, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk menghentikan penggunaan penyedut minuman serta pembekalan air minuman berbotol sejak tiga tahun lalu.

Kesannya, lebih 5.6 juta botol platsik berjaya dijimatkan hasil perubahan cara kerja yang lebih mampan.

Kedua, kepimpinan dalam organisasi juga amat penting bukan sahaja untuk memberi teladan dan menggalakkan pekerja untuk mengamalkan gaya hidup lestari dalam kehidupan seharian.

Seperti di Hard Rock Hotel Desaru, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif untuk menghentikan penggunaan penyedut minuman serta pembekalan air minuman berbotol sejak tiga tahun lalu.

Menurut Murray Aitken, Pengarah Urusan Hard Rock Hotel Desaru, usaha untuk menjadikan gaya hidup lestari sebagai budaya merupakan usaha yang berpanjangan.

"Kita bukan menjalankan usaha seperti larian 100 meter, tetapi ini merupakan larian maraton yang tiada penghujungnya," katanya.

Ketiga, program pendidikan yang berterusan akan membolehkan semangat serta motivasi berpanjangan kepada pasukan kita.

Tambah Murray, ilmu yang berpanjangan akan memastikan pasukan kita terus mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi.

"Dengan kaedah ini, mereka akan terus berusaha untuk menerokai kaedah yang lebih efisien untuk menjayakan program menyelamatkan alam sekitar," tambah Murray.

Biar secantik mana aspirasi yang ingin diusahakan, tindakan yang berterusan sahaja yang mampu menjadi pengukur kejayaannya.

Semuanya demi ekosistem Bumi yang lebih baik untuk generasi akan datang.