MODEL berhijab pertama jenama kosmetik L'Oreal, Amena Khan, memuat naik satu permohonan maaf berkenaan satu tweet yang ditulis pada tahun 2014, dan bertindak menarik diri dari kempen bersama jenama terkemuka dunia itu.
Dalam permohonan maaf itu, Amena berkata dia kesal kerana menulis tweet berbaur anti-Israel itu kerana ia telah 'melukakan hati banyak pihak'.
Ujar Amena, dia tidak pernah menyokong diskriminasi terhadap mana-mana pihak dan menghargai kepelbagaian masyarakat dunia.
"Saya telah memadam tweet itu kerana ia bertentangan dengan falsafah keamanan yang saya pegang selama ini.
"Keputusan saya untuk menarik diri daripada menyertai kempen L'Oreal adalah kerana tweet tersebut telah menyebabkan matlamat positif yang dibawa kempen berkenaan tercalar," tulisnya.
Tindakan Amena itu bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, terutamanya mereka yang beragama Islam.
Seorang pengikut Amena, @basmaaly meninggalkan komen berbunyi, "Saya kecewa anda meminta maaf. Tiada sebab untuk meminta maaf selepas apa yang dilakukan tentera Zionis terhadap Palestin."
Pengguna @shueb87 pula berpendapat, Amena lebih mementingkan pendapat manusia daripada kebenaran untuk umat Islam.
"Anda hanya mengejar keduniaan," tulisnya.
Manakala seorang lagi pengikut, @aisha.davood membandingkan pendirian Amena dengan seorang lagi selebriti dan peragawati terkemuka, Bella Hadid.
"Bella mempunyai lebih ramai pengikut tetapi dia tetap dengan pendiriannya tentang Israel dan tidak merasa bersalah kerana dia tahu apa yang diperkatakan adalah kebenaran," katanya.
L'Oreal dalam satu kenyataan menerima penarikan diri Amena daripada menyertai kempen terbaharu mereka itu.
"Kami menghormati Amena kerana dia sanggup meminta maaf dan menerima keputusannya untuk menarik diri," kenyataan itu menyebut.
Madiha Abdullah
Wed Jan 24 2018
Tindakan Amena Khan meminta maaf dan menarik diri menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen, terutamanya mereka yang beragama Islam. - Instagram/@amenaofficial
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.