awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#msmw2015: Manfaatkan kelebihan crowdfunding di media sosial

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
22/04/2015
15:39 MYT
#msmw2015: Manfaatkan kelebihan crowdfunding di media sosial
Istilah crowdfunding ialah cara untuk mendapatkan dana dalam skala yang kecil daripada orang ramai di media sosial.
Topik pertama yang dibincangkan dalam persidangan Minggu Media Sosial Malaysia hari ini ialah cara untuk mengaut keuntungan melalui crowdfunding.
Apakah itu crowdfunding? Istilah crowdfunding ialah cara untuk mendapatkan dana dalam skala yang kecil daripada orang ramai di media sosial.
Menurut Penasihat Sumber Media Sosial dari Singapura, Andrew Chow, media sosial adalah platform yang penting untuk mengaut keuntungan terhadap sesuatu projek.
Justeru, dia telah membentangkan beberapa idea untuk memperoleh dana melalui media sosial.
Antara perkara yang difokuskan oleh Andrew ialah keinginan seseorang untuk melakukan sesuatu projek. Hal ini kerana minat individu memainkan peranan penting dalam menjayakan projek tersebut.
Bukan itu sahaja, setiap individu harus membentuk kumpulan pekerja yang lengkap untuk melaksanakan kerja mengikut kehendak pengguna.
Misalnya, jika anda ingin melancarkan buku sendiri maka anda harus mempunyai organisasi yang lengkap dengan merangkumi penulis, editor dan penerbit.
“Seseorang harus menilai empat soalan: kenapa, bagaimana, apa dan siapa sebelum menyampaikan sesuatu mesej di laman media sosial untuk mengelakkan diri daripada krisis di media sosial.
Kedua-dua perkara baik dan buruk akan dibincangkan dalam media sosial. Tetapi jangan lupa, perkara buruk lebih banyak dibincangkan dan diberi perhatian daripada yang baik,” katanya.
Andrew juga menyatakan bahawa setiap individu harus fokus untuk mendapatkan dana dengan cara yang betul.
Sebagai contoh, Andrew berkata jika sebuah video diletakkan di laman sosial dengan tujuan crowdfunding, maka video itu perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berdurasi tiga minit, nada suara yang bersesuaian dan dua penyampai.
Seseorang itu juga harus memilih sekurang-kurangnya lima platform media sosial untuk mendapatkan perhatian orang ramai. Antara platform yang boleh digunakan ialah YouTube, Facebook dan Twitter.
Topic Berkaitan
#crowdfunding
#Malaysia Social Media Week
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan